Pulau Tioman Berada Di Bawah PKPD Sehingga 29 Mac Ini

TERKINI
March 16, 2021 - 11:42 AM


Meskipun Pulau Tioman terkenal sebagai salah sebuah pulau peranginan yang sering dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa untuk bercuti -- namun siapa sangka mulai hari ini (16 Mac) pulau tersebut berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ini bermakna, Kerajaan tidak membenarkan sebarang pergerakan keluar atau masuk mana-mana individu ke pulau berkenaan dan sebaliknya, sehingga 29 Mac ini.

Malah, perkhidmatan feri keluar masuk ke Pulau Tioman itu juga dihentikan buat sementara waktu.

Arahan pelaksanaan PKPD di Pulau Tioman diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes Covid-19 di pulau peranginan di daerah Rompin, Pahang itu.

"Sehingga semalam, KKM melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif direkodkan. KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Pulau Tioman bermula 16 Mac hingga 29 Mac 2021", katanya.

Sumber: Harian Metro

 

 

Destination: