Senarai Tujuh PPV Benarkan 'Walk-In' Di Lembah Klang

TERKINI
August 02, 2021 - 12:43 PM


Dua hari lepas, diumumkan bahawa beberapa Pusat Pemberian Vaksi (PPV) akan membenarkan vaksinasi secara 'walk-in' bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas bermula hari ini, dan untuk 18 tahun ke atas bermula Isnin. 

Hanya tujuh PPV akan dibenarkan melaksanakan pemberian vaksin secara terus tanpa janji temu, hanya bagi mereka yang belum berjaya mendapat terikh bagi dos pertama vaksinasi di aplikasi MySejahtera. 

Senarai PPV yang menerima individu tanpa janji temu ialah seperti berikut:

1. KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H)

2. Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

3. Hotel Wyndham, Klang

4. Dewan Tun Razak, Sabak Bernam

5. Dewan Komuniti Serendah

6. Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

7. Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam

Untuk mendapatkan alamat penuh PPV yang disebutkan itu, katanya, orang ramai boleh merujuk di www.vaksincovid.gov.my/ppv/.

Antara dokumen yang perlu dibawa adalah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian, dan lain-lain. 

Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu. Sistem yang digunakan adalah sisterm first come first serve bergantung kepada bekalan vaksin di PPV, namun bagi mereka yang tidak sempat, akan diberikan keutaman pada keesokan harinya. 

Ingin diingatkan bahawa mereka yang telah dapat tarikh bagi janji temu tidak dibenarkan untuk membatalkan terikh tersebut untuk mendapatkan vaksin 'walk-in' kerana semua tindakan adalah berlandaskan kepada keperluan untuk melindungi penduduk di Lembah Klang dalam zon merah yang mana kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

Bagi bukan warga negara Malaysia, tarikh walk-in dibenarkan mulai 9 Ogos hingga 11 Ogos 2021 khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV.

Seterusnya 12 Ogos hingga 22 Ogos 2021 semua bukan warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang.

"Dokumen diperlukan untuk warga asing menghadiri PPV walk-in adalah bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang. Contohnya seperti alamat di kad pengenalan diri, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.