Singapura Lanjut Langkah Pemutus Rangkaian Sehingga 1 Jun

TERKINI
April 22, 2020 - 03:52 AM


Jika sebelum ini Singapura mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang sedikit, namun siapa sangka beberapa hari ini angka itu semakin melonjak sehingga negara jiran tersebut merekodkan 9,125 kes positif dan paling tinggi di Asia Tenggara.

Oleh sebab itu, Singapura mengumumkan untuk melanjutkan langkah pemutus rantaian (circuit breaker) selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun depan.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada semalam (Selasa).

"Saya harap rakyat memahami bahawa kesukaran jangka pendek ini adalah untuk mengawal penyebaran virus, menjaga kesihatan dan keselamatan orang yang kita sayangi seterusnya membolehkan kita menghidupkan kembali ekonomi kita," kata Lee.

Singapura menyaksikan lonjakan mendadak kes yang terdiri dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di bangunan asrama yang sesak, sekaligus menjadi cabaran terbesar negara itu dalam menangani COVID-19.

Singapura telah melaksanakan langkah pemutus rantaian sejak 7 April, dengan kebanyakan tempat kerja dan sekolah ditutup.

Hanya perniagaan yang menyediakan perkhidmatan penting seperti makanan yang dibenarkan untuk terus dibuka.

Sumber: Astro Awani

Destination: