Surat MITI Perlu Ada 'QR Code' Bagi Mengelakkan Pemalsuan dan Sah Tulen

TERKINI
June 02, 2021 - 02:30 PM


Seperti kita semua ketahui, kalau korang mahu keluar rumah dengan urusan pekerjaaan perlu ada surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dimana sebelum ini diguna pakai sehingga 31 Mei 2021. 

Surat baru yang dikeluarkan oleh MITI akan selaras dengan pusat sehenti yang di mana akan beroperasi selama tempoh Lockdown dijalankan. Surat-surat ini hanya akan dikeluarkan selepas disahkan oleh pihak kementerian berkenaan.

Bagi mengelakkan pemalsuan surat kebenaran syaikat beroperasi, surat tersebut mesti ada kod respons pantas atau QR Kod. Permohonan surat mesti diperbaharui dan surat lama tidak lagi boleh diguna pakai.

Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC M V Srikumar M Nair, QR kod tersebut akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan ia adalah tulen.

Bagi dapat mengenali perbezaan antara surat tulen dan palsu, ketika imbasan dilakukan oleh pihak polis di sekatan jalan raya, surat tersebut akan keluar nombor kod yang mana hanya polis sahaja mempunyai kod berkenaan. 

Harap maklum, sekatan kali ini tiada lagi layanan untuk golongan kayangan atau double standard, hanya yang berdaftarkan dengan surat sah sahaja dibenarkan, kata M V Srikumar M Nair dalam bual bicara bersama Bernama di Ruang Bicara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sumber: Verst, Astro Awani