Tak Perlu Lagi Permit MyPass Untuk Masuk Malaysia Dari Singapura

TERKINI
July 03, 2020 - 12:32 PM


Jika sebelum ini mana-mana rakyat Malaysia dan bukan warga Malaysia yang ingin memasuki negara ini dari Singapura, mereka perlu mendapatkan permit masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia terlebih dahulu sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh perjalanan -- namun kini tidak perlu lagi!

Contoh Permit 'MyPass'

Dalam catatan terbaharu Suruhanjaya Tinggi Malaysia-Singapura di Facebook rasmi mereka mengumumkan bahawa bermula 29 June 2020, permit ‘MyPass’ bagi memasuki Malaysia menerusi jalan darat dan udara kini tidak lagi diperlukan.

Peraturan terbaharu itu terpakai bagi rakyat Malaysia dan juga bukan warga Malaysia (dengan kebenaran) yang berada di Singapura untuk masuk ke Malaysia.

Sumber: Bernama

Destination: