Taman Tema Disney Tokyo Ditutup 2 Minggu Akibat COVID-19

TERKINI
February 28, 2020 - 04:25 PM


Bimbang dengan perkembangan serius wabak COVID-19 di Jepun, taman tema terkenal dunia di sana iaitu Disneyland & DisneySea Tokyo bakal ditutup selama 2 minggu bermula Sabtu ini (29 Februari 2020) sehingga Ahad (15 Mac 2020).

Keputusan untuk menutup operasi taman tema Disney berkenaan dibuat sebagai langkah bagi mengehadkan penularan virus berkenaan.

Ini kerana kedua-dua taman tema tersebut menerima kehadiran lebih 30 juta pengunjung dari seluruh dunia pada setiap tahun dan ia meningkatkan lagi risiko penyebaran wabak berbahaya itu.

Buat masa ini, tarikh pembukaan semula destinasi pelancongan popular itu dijadualkan pada 16 Mac depan.

Bagaimanapun tarikh berkenaan adalah tertakluk kepada perkembangan dan situasi semasa penularan wabak berkenaan.

Setakat ini, Jepun telah merekodkan 4 kes kematian dan hampir 200 kes jangkitan wabak COVID-19.

Sumber: Mstar

Destination: