5 Sebab Kenapa Perlu Bawa Anak-Anak Tonton ‘Walking With Dinosaurs’!





Walaupun Dinosaurs telah pupus sejak beratus tahun dahulu, namun bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak, haiwan purba itu tetap menjadi kegemaran si kecil hasil tontonan harian mereka di TV yang banyak menayangkan program dan filem bergenre aksi thriller Dinosaurs.

Nak lebih menggembirakan anak-anak, mungkin ibu bapa boleh membawa mereka menonton secara live ‘Walking With Dinosaurs’ yang bakal berlangsung selama tiga hari berturut-turut dari 23 hingga 25 Ogos ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jadi, jom kami beritahu anda 5 sebab kenapa perlu bawa anak-anak menonton ‘Walking With Dinosaurs’!

1. Pertunjukan Dinosaur Terbaik & Terbesar Di Dunia.

Produksi bernilai 20 juta dolar ini menampilkan teknologi terkini dan sekaligus menempatkannya sebagai pertunjukan Dinosaur terbaik dan terbesar di dunia.

Ia diinspirasikan daripada siri televisyen popular BBC, ‘Walking With Dinosaurs' yang telah ditonton lebih 9 juta orang daripada 250 bandar di seluruh dunia!

Dan mungkin anak-anak anda salah seorang penggemar rancangan tersebut...hehehe

‘Walking With Dinosaurs’ memulakan jelajah dunia di United Kingdom pada Julai 2018 dan telah ke seluruh Eropah sebelum menuju Asia.

Malaysia bertuah apabila dipilih menjadi lokasi jelajah yang seterusnya. Jadi memang peluang keemasan la ni!

2. Boleh Alami Sendiri Pengalaman Melihat Pertarungan Dinosaurs Secara 'Live'

Karya asalnya dihasilkan Gerry Ryan, Malcolm Cooke dan Jill Bryant di Australia sebelum dibawa ke dunia realiti oleh Global Creatures.

Pertunjukan selama satu jam 40 minit itu menggambarkan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti.

Mengetengahkan teknologi terkini, anda dan anak-anak  bakal merasai pengalaman seolah-olah ‘hidup’ dalam dunia haiwan berkenaan terutama sebaik produksi terbabit mempamerkan perubahan yang hebat terhadap dinosaur dari segi warna kulitnya dan terdapat beberapa spesies berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik terkini.

Dalam pertunjukan itu, korang juga berpeluang menyaksikan babak interaksi antara dinosaur, selain pergerakan dinosaur karnivor berjalan menggunakan dua kaki dan bagaimana herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.

3. Menggunakan Dinosaurs Bersaiz Sebenar

Terdapat 18 spesis Dinosaur dengan saiz sebenar bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil.

9 daripadanya terbabit mewakili pemerintahan dinosaur sejak 200 juta tahun dahulu.

Ia termasuk spesis Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus.

Bahkan, Dinosaur terbesar iaitu Brachiosaurus yang berketinggian 11 meter dan 17 meter dari hidung hingga ekor juga ada tau!

4. Pembuatan Dinosaur Bertaraf Antarabangsa

Anda jangan tak tahu kesemua 18 spesies Dinosaurs yang terlibat dalam pertunjukan ini terpaksa mengambil masa hingga setahun lamanya untuk disiapkan! Lama, kan....

Malah, ia juga menggunakan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis, pelukis dan pakar animatronik.

5. Anak-Anak Berpeluang Belajar Sejarah Dinosaurs Ratusan Tahun Dahulu

Ini yang paling best bila anak-anak secara tak langsung dapat belajar dan mengetahui sejarah dunia Dinosaurs sejak 200 juta tahun dahulu!

Ini akan dimainkan menerusi babak pemisahan benua bumi dan peralihan dari padang pasir yang gersang pada zaman Triassic ke padang rumput yang menghijau pada zaman Jurassic.

Selain itu, mereka juga bakal mempelajari bahawa pembentukan lautan, letusan gunung berapi dan kebakaran hutan memberi kesan buruk yang menjadi punca kepupusan Dinosaur.

Jadi, tunggu apa lagi jom beli tiket untuk anda dan anak-anak di laman web myticket.asia .

Kalau anda membuat pembelian antara 20 Mei hingga 3 Jun, anda berpeluang menikmati diskaun 10 peratus! Memang berbaloi!

Harga tiket bermula dari RM148 sehingga RM398 mengikut zon yang ditetapkan.

Untuk makluman lanjut boleh layari media sosial atau laman web rasmi UnUsUal Entertainment dan MacpiePro.

 

 

;