
AirAsia Mula Operasi Dari Melaka Dengan 4 Laluan Baharu
Wah, ini berita gembira untuk orang Melaka!
Kalau sebelum ini hanya Malindo Air yang membuat penerbangan ke empat destinasi seperti Langkawi, Kota Bharu, Pulau Pinang dan Pekanbaru, Indonesia…
Namun tidak lama lagi, AirAsia juga bakal memulakan penerbangan langsung pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam.
Bermula 1 Julai ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan laluan penerbangan baru melalui LTAM ke Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, AirAsia dijangka memutuskan untuk memulakan penerbangan dari LTAM ke Kota Kinabalu, Langkawi dan Pekanbaru pada hujung tahun ini.
Penyertaan AirAsia untuk beroperasi dari Melaka adalah disebabkan peningkatan bilangan penumpang LTAM yang semakin meningkat dan ia diharap mampu merancakkan lagi sektor penerbangan serta pelancongan ke negeri bersejarah itu.
LTAM yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar raya Melaka dilaporkan mampu menampung sehingga 1.5 juta jumlah penumpang sepanjang tahun.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video