
AirAsia Mula Terbang Ke Lanzhou dan Quanzhou
AirAsia terus mengembangkan sayapnya ke China dengan dua laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Lanzhou dan Quanzhou, bermula semalam (31 Mei 2019).
Laluan baharu ini meningkatkan jumlah destinasi AirAsia ke China sebanyak 24 lokasi dengan lebih dari 400 penerbangan seminggu.
Ia sekaligus mengukuhkan posisi syarikat penerbangan tersebut sebagai syarikat penerbangan luar terbesar berdasarkan kapasiti yang beroperasi di China!
Laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Lanzhou di Barat Laut dan Quanzhou di Tenggara, China ini akan memberi tambahan 280,000 tempat duduk setahun.


Antara tarikan pelancongan di Lanzhou termasuklah kawasan Pergunungan Wuquan, kompleks kerajaan purba Lutusi, Kuil Bingling, Biara Buddha Tibet Labrang, Dunhuang, Taman Geo Zhangye dan Sungai Kuning.


Manakala Quanzhou pernah menjadi pelabuhan terbesar di dunia dan titik permulaan Laluan Sutera Maritim dan bandar itu dinamakan sebagai Zaiton oleh pedagang Arab, dan dinobatkan oleh Marco Polo sebagai ‘antara dua tempat perlindungan terbesar di dunia untuk perdagangan.’
Berdasarkan statusnya selama lebih tiga abad, Quanzhou kekal sebagai destinasi pelbagai budaya dan agama, dan menawarkan banyak kuil Buddha dan Hindu, masjid dan gereja, serta muzium yang meraikan warisan maritimnya.
Tambang ke Lanzhou bermula dari serendah RM209* dan RM129* ke Quanzhou termasuk untuk semua ahli AirAsia BIG.
Untuk menempah tiket anda boleh layari airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 5 Mei 2019 bagi perjalanan antara 1 Mei 2019 hingga 30 September 2019.
Sumber: Newsroom AirAsia
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video