Citilink Tawar Penerbangan Baharu KL-Bandung

February 12, 2020 - 12:28 PM


Selain Jakarta, Surabaya dan Bali – Bandung antara destinasi yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia jika ingin bercuti ke Indonesia.

Korang tahu tak sekarang syarikat penerbangan murah iaitu Citilink Indonesia telah melancarkan laluan baru Bandung-Kuala Lumpur.

Jadi korang ada lebih banyak pilihan yang boleh digunakan sekiranya ingin melancong ke sana, selain syarikat penerbangan sedia ada.

Sebelum ini, Citilink yang juga anak syarikat Garuda Indonesia turut menyediakan laluan antarabangsa ke Kuala Lumpur dari Jakarta, Surabaya Timur dan Denpasar, Bali.

Mula dilancarkan pada Sabtu lalu (8 Februari 2020), Citilink laluan Bandung-KL akan terbang setiap hari dengan pesawat Airbus A320.

Dalam setiap penerbangan, penumpang bakal menerima hidangan makanan panas dan minuman serta 10 kilogram bagasi secara percuma.

Lebih menarik korang juga akan mendapat 200 point Garuda Miles!

Bagi membuat tempahan tiket atau pelbagai lagi maklumat berkaitan, korang boleh layari laman sesawang Citilink.

 

Destination: