Dapatkan Kulit Bersinar Bak Kristal Dengan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence

August 30, 2019 - 12:03 PM


Sebagai seorang wanita, siapa yang tidak mahu kelihatan cantik serta tampil yakin dengan kulit wajah halus, sihat dan bersinar umpama kilauan kristal?

Memahami kehendak golongan Hawa itu, L'Oréal Paris tampil memperkenalkan L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence iaitu revolusi penjagaan kulit yang dikuasai teknologi mikro revolusioner bagi membolehkannya menembusi sehingga 10 lapisan kulit.

Menggabungkan bahan aktif yang mencerahkan dan bahan pembaikan kulit yang kuat, iaitu Centella Asiatica, pengguna bakal memiliki kulit berseri dan tampak berkilauan umpama kristal seawal penggunaan pertama.

Pengarah Pemasaran L'Oréal Paris (Bahagian Produk Pengguna), Cik Marina Khong berkata L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence diperkaya dengan 92% ekstrak Centella tulen serta dirumus untuk membaik pulih dan menghidrat kulit agar ia sentiasa halus dan lebih anjal dari bahagian dalam hingga ke luar.

“Malah, teknologi mikro iaitu Micro-Essence menghasilkan tekstur ultra ringan yang membolehkan kadar penyerapan berlaku lebih cepat dan menembusi sehingga 10 lapisan kulit,” kata Khong.

Aktres dan model, Siti Saleha yang juga antara peminat produk L’Oréal Paris Revitalift turut berkongsi pengalaman peribadinya sepanjang menggunakan produk yang memberi kesan positif kepada kulit wajah beliau.

"Saya menggunakan rangkaian L’Oréal Paris Revitalift setiap hari. Dengan gaya hidup saya yang sibuk dan bekerja lama apabila berlakon, saya berasa penat, kulit tidak bermaya dan bimbang tentang garis halus di wajah. Saya boleh katakan bahawa Revitalift Crystal Micro-Essence baharu ini sangat sesuai untuk saya!

Bukan sahaja berhasil mendapatkan kulit yang berseri, malah wajah jsaya juga tampak berkilau secara semulajadi umpama kristal. Ia sekaligus berjaya meningkatkan keyakinan diri saya dan saya mampu menjalani kehidupan yang lebih gembira," katanya.

Kedua-dua mereka ditemui pada majlis pelancaran L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dengan kerjasama Watsons Malaysia di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence kini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dalam dua saiz : 65ml (RM49.90) dan 130ml (RM79.90).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web L’Oréal Paris atau ikuti Facebook rasmi L’Oréal Paris.