[ Giveaway @ Rileklah ] Menangi Sepasang Tiket Konsert The Chosen 2019 – Dennis Lau & Friends

June 19, 2019 - 02:49 PM


Konsert pertama Dennis Lau & Friends yang diadakan pada tahun 2016 iaitu The Phoenix Rising yang diketuai oleh pemain viola dan maestro muzik, Dennis Lau sendiri mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

Tahun ini, lebih tepat hujung minggu hadapan, Dennis Lau kembali dengan konsert The Chosen 2019 yang merupakan kesinambungan kepada konsert sebelum ini.

Dengan susunan muzik yang bakal dilakukan oleh komposer terkenal Aubrey Suwito  dan diterbitkan oleh Jennifer Thompson, konsert The Chosen 2019 akan membariskan ramai artis pelbagai genre dari dalam dan luar negara.

Bakal diadakan pada 29 Jun 2019 di Mega Star Arena @ Viva Mall Cheras, antara artis yang bakal membuat penampilan dan diiringi oleh gerekan biola ‘The Chosen’ oleh Dennis adalah Aisyah Aziz, Dewi Seriestha, finalis Asia Got Talent 2019 iaitu kumpulan N.A.M.A dan ramai lagi.

Di konsert itu nanti anak didik Dennis dan Fara Dolhadi (N.A.M.A) akan mempersembahkan sebuah lagu dan mereka ini adalah murid yang dipilih oleh Dennis sendiri melalui program Teach For Malaysia dan mereka akan diberikan peluang untuk meneroka lebih jauh dalam bidang muzik.

Selain barisan artis yang mantap, ini merupakan konsert pertama dimana Dennis akan memainkan ketiga-tiga biola miliknya dalam satu konsert termasuklah biola yang dibuat khas untuk konsert ini yang mempunyai nama sama iaitu The Chosen.

Harga tiket untuk #DLTheChosen ini dijual  pada RM169, RM299, RM499, RM699 dan RM999 yang mana sebahagian kutipan daripada tiket ini nanti akan disumbangakan ke Teach For Malaysia.


[GIVEAWAY @ RILEKLAH – DENNIS LAU X RILEKLAH ]

Berita baik buat pembaca Rileklah.com, sebagai media online rasmi konsert The Chosen 2019 kitorang nak bagi sepasang (dua keping) tiket kepada 10 orang pemenang bertuah.

Macam mana nak menang?

korang dikehendaki mengisi borang yang disediakan dibawah ni dan ikuti syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat 1 : Isi Borang, Submit

Syarat 2 : Like / Follow Page Rileklah di Facebook

Syarat 3 : Like dan Share Post Ini Di Facebook. Jangan lupa tag facebook Rileklah dan 3 orang kawan ye =D

Syarat 4 : Jangan privatekan FB, pastikan public. Kalau tak kami susah nak check!


BACA JUGA