Jom Menangi Tiket Konsert GFRIEND Asia Tour 2019!

June 04, 2019 - 10:38 AM


GFRIEND, kumpulan wanita paling popular di Korea Selatan bakal hadir ke Malaysia buat julung kalinya untuk menghiburkan peminat mereka pada 29 Jun ini di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.

Sebagai penganjur rasmi GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND] 2019 in KUALA LUMPURMacpiePro telah mula menjual tiket konsert sejak sejak 30 Mac lalu pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP).

Menariknya, zon khas untuk peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’.

GFRIEND ditubuhkan pada tahun 2014 dan dianggotai 6 ahli kumpulan iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji.

Mereka telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea.

Kesemua album GFRIEND diterima baik oleh dan pernah memenangi anugerah ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ 2015 di Anugerah Muzik Melon.

Mereka turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul, sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’ 2018 di Anugerah Muzik Melon.

Lagu berjudul ‘Me Gustas Tu’ dari mini album kedua GFRIEND telah berjaya mencapai 100 juta penstriman dalam carta Gaon pada tahun 2016. Malah satu lagi lagu hit mereka, ‘Rough’ turut menduduki tempat pertama dalam carta platform muzik digital bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016.

GFRIEND juga pernah memenangi 29 kali rancangan muzik Korea Selatan pada tahun 2016, sekaligus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang meraih kemenangan paling banyak dalam masa setahun dan mengejutkan peminat muzik K-Pop di seluruh dunia.

Secara keseluruhan, kumpulan GFRIEND telah meraih 80 anugerah yang mana 53 anugerah tersebut dari program muzik dan 27 lagi dari anugerah persembahan. Bagi kumpulan yang masih baharu seperti mereka, kejayaan tersebut benar-benar melonjakkan nama GFRIEND.

Jadi kalau korang salah seorang peminat GFRIEND dan ingin menyaksikan kehebatan persembahan gadis-gadis ini, cepat-cepat isikan borang di bawah bagi memenangi tiket konsert eksklusif mereka!