Jom Meriahkan Rumah Terbuka Raya Emerald Hills, Ahad Ini!

June 17, 2019 - 11:26 AM


Walaupun bulan Syawal semakin hampir ke penghujungnya, namun kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih hangat terasa dengan penganjuran banyak rumah terbuka di seluruh negara.

Tidak terkecuali adalah syarikat hartanah terkemuka, GUOCOLAND MALAYSIA yang turut menjemput orang ramai bagi menghadiri Rumah Terbuka Raya di Galeri Pameran Emerald Hills di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad ini iaitu 23 Jun 2019, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Rumah Terbuka Raya ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian kaum dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus merapatkan silaturahim antara ahli keluarga serta sahabat handai.

Pelbagai acara menarik telah disusun untuk para tetamu antaranya:-

# BUFET RAYA

Tetamu bakal dihidang dengan pelbagai juadah hari raya seperti Rendang Ayam, Serunding, Ketupat Palas, Nasi Impit bersama Kuah Kacang, Pisang Goreng dengan Sos Butterscotch, buah-buahan tempatan dan minuman.

# PHOTOBOOTH RAYA

Sebelum atau selepas menjamu selera, para tetamu juga berpeluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan raya bersama keluarga dan rakan-rakan di ruang dekorasi Hari Raya yang disediakan khas.

Lepas dah berposing sakan, bolehlah terus muat naik gambar raya dalam Facebook, Instagram atau Twitter masing-masing, kan...hehehe

# BENGKEL MENCANTING BATIK

Haa..jarangkan dengar ada bengkel mencanting batik masa Rumah Terbuka Raya? 

Tapi itulah keistimewaan Rumah Terbuka Raya di Emerald Hills ni! 

Bukan sahaja ibu bapa, malah anak-anak kecil juga berpeluang untuk belajar dan mencuba sendiri aktiviti mencanting batik yang menjadi warisan seni Melayu sejak turun-temurun.

Manalah tahu, rupa-rupanya anda punya bakat terpendam dalam bidang mencanting batik ni! Hahaha...

# SESI BERSAMA KONSULTAN RUMAH

Bagi tetamu yang telah tertarik hati dengan persekitaran kediaman di Emerald Hills yang sangat hijau dan mendamaikan, mungkin anda berminat untuk mengetahui serba-sedikit maklumat mengenai jualan unit kondominium dan rumah teres di sana.

Jangan risau sebab di Rumah Terbuka Raya itu juga disediakan beberapa pegawai konsultan untuk menjawab segala pertanyaan anda mengenai projek Emerald Hills yang berstatus pegangan bebas.

2.3 Ekar Tasik Hak Milik Persendirian

Menarik, kan aktiviti yang ada pada Rumah Terbuka Raya Emerald Hills ni. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan tau!

Tarikh: 23 Jun 2019

Masa: 10 Pagi - 5 Petang

Tempat: Galeri Jualan Emerald Hills, Alam Damai, Cheras, KL

Nombor Untuk Dihubungi: 1300 1300 39

Website: emeraldhills.com.my