Jom Saksikan Aksi 'Live' Dinosaur Berkeliaran Di Malaysia, Ogos Ini!
Haiwan purba berusia jutaan tahun, Dinosaur bakal 'berkeliaran' di Malaysia pada bulan Ogos depan, selepas Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu lokasi untuk siri jelajah program TV popular BBC, 'Walking With Dinosaurs' yang akan dipersembahkan secara live!
18 spesies Dinosaur bersaiz sebenar yang dihasilkan oleh sekumpulan 50 pereka kesan khas terbaik Australia bakal menakluki pentas Axiata Arena, Bukit Jalil selama 3 hari berturut-turut dari 23 hingga 25 Ogos 2019.
Menariknya, pertunjukan Dinosaur terbaik dan terbesar di dunia itu bakal mempamerkan evolusi Dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti dari segi warna kulitnya dan juga terdapat beberapa spesis berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik terkini.
Bagi menjadikan aksi yang lebih 'real', babak interaksi antara Dinosaur bakal dipertontonkan tentang bagaimana Dinosaur karnivor berjalan menggunakan dua kaki dan Dinosaur herbivor pula menewaskan pemangsa yang lebih ganas.
Pertunjukan selama 1 jam 40 minit bakal melibatkan spesis Dinosaur termasuk Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus serta Brachiosaurus.
Ia akan menjadi pengalaman pendidikan dan teater epik yang sesuai untuk penonton semua peringkat umur.
Jadi, kalau anda atau anak-anak memang peminat tegar Dinosaur, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyaksikan sendiri 'Walking With Dinosaurs - The Live Experience' di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 25 Ogos ini.
Harga tiket bermula dari RM148 sehingga RM398 mengikut zon yang ditetapkan.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web myticket.asia dan pembelian antara 20 Mei hingga 3 Jun membolehkan anda berpeluang menikmati diskaun 10 peratus!
Untuk makluman lanjut boleh layari media sosial atau laman web rasmi UnUsUal Entertainment dan MacpiePro.