Jom Terbang Kota Bharu-Singapura Bersama Scoot!

July 02, 2019 - 07:47 PM


Ini berita baik untuk rakyat Kelantan!

Bermula hari ini, penumpang dari negeri di Pantai Timur itu boleh menaiki penerbangan terus ke Singapura dengan penerbangan Scoot di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu.

Dengan adanya penerbangan terbaharu itu, kini penumpang dari Kelantan hanya memerlukan masa sejam setengah untuk melancong atau bercuti ke Kota Singa.

Malah mereka juga mampu menjimatkan masa lebih dua jam berbanding sebelum ini, apabila perlu membuat transit di Kuala Lumpur untuk ke Singapura.

Scoot yang juga anak syarikat Singapore Airlines Group mengendalikan penerbangan Kota Bharu - Singapura sebanyak tiga kali seminggu, iaitu pada hari Selasa, Ahad dan Jumaat!

Penerbangan langsung dari luar negara itu juga dijangka bakal merancakkan aktiviti pelancongan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, khususnya bagi menghadapi Tahun Melawat Kelantan 2020.

Lebih menarik apabila Kelantan juga merancang untuk mewujudkan lebih banyak penerbangan langsung ke luar negara antaranya seperti Vietnam dan Bangkok.

Kota Bharu merupakan bandar ke-7 Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang.

Bagi yang ingin menempah tiket penerbangan Scoot, boleh layari aplikasi Scoot atau laman sesawang www.FlyScoot.com.

 

Destination: