Korang Peminat Jenama Sembonia? Jom Serbu Jualan Gudang 'Online' Dorang, Serendah RM50 Je Tau!

May 22, 2020 - 05:10 PM


Ramai antara kita yang mungkin takde mood nak shopping raya bila tak dapat balik kampung atau ziarah-menziarahi sesama sanak saudara di Hari Raya nanti, akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Tapi kalau korang penggemar barangan kulit yang ekslusif daripada jenama SEMBONIA, korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan handbag, tali pinggang, dompet, kasut, heels atau aksesori lelaki dan wanita sebab buat julung kalinya SEMBONIA akan membuat jualan gudang pertama secara atas talian!

Tak rugi beli, kalau bukan untuk pakai OOTD Raya korang boleh juga jadikan sebagai barang hantaran untuk majlis perkahwinan lepas PKP atau hadiahkan pada yang tersayang sempena majlis istimewa dorang. 

Jualan Gudang Pertama Secara Online!

Bermula Hari Raya Kedua nanti iaitu pada 25 Mei hingga 29 Mei ini, SEMBONIA akan mengadakan jualan gudang pertama secara atas talian.

Jadi korang jangan lepaskan peluang keemasan selama 5 hari tu untuk borong pelbagai pilihan barangan kulit yang berkualiti tinggi dengan rekaan yang bergaya dan sangat memukau!

Dah tak payah korang nak keluar rumah pergi pusat membeli-belah semata-mata nak shopping. Dapat elakkan risiko jangkitan dan tak perlu susah-susah beratur panjang semata-mata nak jaga penjarakan sosial dengan orang lain.

Tawaran ‘Harga Tetap’ Serendah RM50!

Kalau dah namanya pun jualan gudang, mestilah potongan harga yang ditawarkan berganda-ganda dan sangat berbaloi.

Tahun ini, SEMBONIA menawarkan pelbagai pilihan barangan serta aksesori cun dengan 4 pilihan ‘harga tetap’ bermula RM50, RM100, RM130 dan RM180 sahaja! Giler murah, kan!

Mana korang nak dapat barangan kulit berkualiti, siap ada jenama macam SEMBONIA ni dengan harga semurah itu?!

Penghantaran PERCUMA Je!

Ini satu lagi yang best kalau korang shopping masa jualan gudang SEMBONIA nanti.

Jika korang berbelanja sebanyak RM250 dan ke atas, SEMBONIA menyediakan servis penghantaran secara percuma terus ke depan pintu rumah korang!

Tapi kalau korang berbelanja tak sampai RM250, korang kena pastikan korang antara 100 pelanggan terawal yang shopping dengan SEMBONIA untuk pastikan korang pun bakal mendapat servis penghantaran percuma. Ni macam konsep siap cepat, dia dapat lah! Menarik, kan!

Jom Serbu Website SEMBONIA Bermula 25 Mei Ini!

Disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini agak rare sedikit jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, korang pun sambil-sambil duduk dekat rumah makan kuih raya bolehlah scroll-scroll handphone atau laptop tu untuk shopping online di laman sesawang SEMBONIA.

Jangan lupa tau tarikh penting ni 25-29 Mei 2020! Sebab kalau korang terlepas 5 hari ni memang rugi!

Sambil shopping tu nanti korang boleh juga mendaftar sebagai ahli SEMBONIA sebab percuma je. Banyak faedah korang boleh dapat kalau jadi ahli. Nak tahu lebih lanjut boleh layari website SEMBONIA hari ini juga!