Malindo Air Mulakan Penerbangan Johor Bahru-Guangzhou

April 03, 2019 - 03:40 PM


Malindo Air melancarkan penerbangan sulung dari Johor Bahru ke Guangzhou menerusi pesawat OD0664 yang berlepas dari Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru pada pukul 10.15 malam, semalam.

Pesawat itu yang membawa 96 penumpang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun pagi ini, 2.20 pagi (waktu tempatan).

Guangzhou, China

Bagi pesawat dari Guangzhou, OD0665 pula berlepas pada 3.25 pagi dan tiba di Johor Bahru pada 7.15 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata, laluan itu akan menjadi alternatif kepada pengunjung dari Guangzhou ke Malaysia sekali gus menghubungkan mereka dengan Singapura menerusi Johor Bahru.

“Kami sangat teruja memulakan laluan ini. Ia secara tidak langsung memudahkan pengunjung ke Singapura melalui Johor Bahru dengan mengikut jalan darat atau mengambil penerbangan sambungan ke Kuala Lumpur.

“Sudah tentu, ini akan melonjakkan pertumbuhan pelancong ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Malindo juga bakal memperkenalkan dua laluan baharu dari Kuala Lumpur ke China iaitu Zhengzhou dan Chengdu mulai 1 Mei nanti!

Sumber: Utusan Online

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video