MAS Tawar Tiket Murah Ke Sabah Dan Sarawak Bermula RM86 Ringgit

March 03, 2020 - 12:55 PM


Mungkin disebabkan kurangnya pembelian tiket penerbangan dan ingin menampung ‘kerugian’ disebabkan kurangnya kemasukan pelancong luar, Malaysia Airlines membuat tawaran tiket murah untuk ke Sabah dan Sarawak.

Jika anda mahu melawat Sabah dan Sarawak, inilah masa paling sesuai!

Syarikat penerbangan MAS difahamkan sedang mengadakan promosi tambang murah bagi penerbangan – penerbangan ke destinasi yang ada di Sabah dan Sarawak.

Sebagai contoh, untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, tiket hanya dijual pada RM86.20 dan difahamkan ianya ‘laku keras’ dan tidak banyak tempat duduk yang tinggal.

Namun, mungkin nasib anda baik. Cubalah cari tarikh lain pula. Tapi, cakap awal – awal, harga berkenaan hanya untuk bagasi atas kabin 7kg tanpa check-in, tiada refund dan tarikh tidak boleh diubah.