Mitsubishi Electric Perkenal Pendingin Hawa Baharu Yang Lebih Mesra Alam

April 24, 2019 - 04:12 PM


Kesedaran untuk memelihara alam semulajadi daripada pencemaran semakin meningkat di kalangan masyarakat dunia termasuk Malaysia.

Malah kini semakin banyak syarikat yang tampil mengeluarkan produk mereka lengkap dengan teknologi hijau.

Tidak terkecuali, Mitsubishi Electric Group yang memperkenalkan dua siri pendingin hawa dengan penyejuk R32, MSY-GR dan MS-JR ke pasaran Malaysia yang mempunyai ciri-ciri mesra alam dan lebih jimat tenaga.

Ini terbukti apabila pendingin hawa model MSY-GR menawarkan fungsi penyejuk pantas dengan operasinya dapat mengekalkan paras unit dalaman serendah 19dB.

Dengan Siri Teknologi Aerodinamik, ia juga mempunyai tahap kecekapan dari segi kuasa dan aliran udara.

Manakala Penghadang Lapisan (Barrier Coating) dapat menghalang debu dan habuk berminyak memasuki pendingin hawa dengan lapisan hidrophobik dan hidrophilik.

Lebih menarik, produk terbaharu Mitsubishi itu juga dilengkapi aliran kipas bersilang unik yang memenangi Rekod Dunia Guinness menerusi operasi aliran udara bersilang paling lama hadir dengan ram automatik yang boleh digerakkan dalam semua arah menggunakan alat kawalan.

Sementara itu, bagi model MS-JR yang akan menjadi unit gantian kepada siri MS-HN menawarkan fungsi lebih baik dari segi prestasi dan kecekapan.

Pengarah Urusan Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd (MESM), Hiroaki Ashizawa berkata rangkaian produk baharu tersebut memberi lebih pilihan kepada setiap isi rumah untuk memiliki pendingin hawa yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam perkembangan sama, Mitsubishi Electric turut melancarkan kempen baharu mereka iaitu konsep “Monozukuri”.

Ia dibangunkan hasil falsafah rakyat Jepun yang bermaksud ‘obsesi dengan hasil kerja’.

Konsep Monozukuri dapat dilihat dan dirasai di setiap butiran terperinci pendingin hawa Mitsubishi agar ia tahan lama dan memberi lebih keselesaan kepada penggunanya.