Monsta X Kembali Lagi Ke Malaysia Dengan Tour ‘We Are Here’





Sebulan yang lepas, Monsta X telah mengumumkan tarikh tour mereka dan hanya Bangkok dan Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi persinggahan World Tour 2019 mereka ini di Asia Tenggara.

Bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Monsta X World Tour 2019 – We Are Here ini akan diadakan pada 22 Jun 2019, hari Sabtu. Macam biasa, akan bermula seawal jam 6 petang.

Dengar-dengar tiket dah banyak yang terjual sebab mereka mula menjual daripada bulan April lagi.

Kalau korang berminat, rasanya sempat lagi nak dapatkan tiket ke 2019 Monsta X World Tour in Kuala Lumpur ni. Tiket bermula RM273 (Zon Hijau), RM373 (Zon Purple), RM483 (Zon Kuning), RM 573 (Zon Merah), RM593 (Zon Monbebe), RM693 (Monbebe Zon – VIP.

Kumpulan Monsta X dianggotai oleh Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney, dan I.M. 

Macam biasa, tiket untuk konsert boleh didapati di www.macpiepro.com


[Monsta X World Tour 2019 – We Are Here]

Tarikh : 22 Jun 2019

Masa : 6.00 Petang

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam

Tiket : www.macpiepro.com