Pas Tanpa Had AirAsia X, Ini Perkara ‘Tersembunyi’ yang Anda Patut Tahu

March 03, 2020 - 10:29 AM


Pelancaran Unlimited Pass (UP) atau Pas Penerbangan Tanpa Had oleh AirAsia baru – baru ini pastinya menarik minat ramai yang sering travel keluar negara dan dengan harga RM499, dan tawaran penerbangan tanpa had, pastinya ramai yang ‘goyah’ dan membeli pas ini.

Untuk tawaran UP ini, ia akan ditawarkan sehingga hujung minggu ini (7 Mac 2020) dan pastinya masih ada yang berkira-kira untuk mendapatkannya.

Sebelum itu, jom kita tengok apa yang ditawarkan :

Harga RM499, anda boleh terbang dalam masa 12 bulan untuk rantau Asia Pasifik. Ini meliputi negara – negara yang sering dikunjungi pelancong Malaysia, antaranya China, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Indonesia, Australia, New Zealand dan banyak lagi.

Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira iaitu situasi sekarang yang mana kebanyakan negara sedang dalam tempoh berhati – hati disebabkan jangkitan COVID-19 dan banyak syarikat percutian dan konsert telah dibatalkan dan ditunda.

Sebelum anda membeli UP ini, pastinya anda fahamkan segala terma dan syarat serta bayaran yang dikenakan selain terma dan syarat ‘biasa’ AirAsia seperti bayaran cukai lapangan terbang, add on dan caj-caj lain.

Paling penting, UP ini merupakan tawaran eksklusif untuk ahli BIG di Malaysia sahaja.

Antara syarat yang korang kena perasan ialah, ia hanya boleh digunakan untuk penerbangan jarak jauh. Ini bermakna penerbangan ke Indonesia, Singapura dan lain – lain terkecuali. Selain itu, penebusan penerbangan terhad (tidak dinyatakan berapa pas yang bakal dikeluarkan). Perlu diingatkan juga, penerbangan ketika cuti umum, cuti persekolahan dan hari minggu berkemungkinan tidak boleh ditebus.

Sebagai contoh yang dikeluarkan oleh salah seorang pengguna twitter @Fieza1225, penerbangan ke Jepun ditambah dengan Free Base Fare hampir mencecah 1,650 ringgit!

Itu tak termasuk tarikh – tarikh yang dibenarkan yang semestinya bukan tarikh pilihan anda. Hikhik.

Jadi, apa yang kami cuba tekankan disini, fahamkan dahulu apa yang anda beli, pertimbangakan dahulu harga UP dan harga normal atau harga semasa promosi ‘gila-gila’ AirAsia. Sekiranya berbaloi, silakan. =D

Daripada pemerhatian kami di bebenang Twitter, ramai yang merungut kerana tidak dapat mengakses pembelian, tidak banyak pilihan penerbangan dan lain-lain. Tak percaya, boleh lihat di bebenang AirAsia Unlimited Pass ini.