Residensi The Valley Di Setiawangsa: Rumah Impian Anda!

May 01, 2020 - 12:31 PM


Ketika ini kita telah pun memasuki tahun 2020. Pasti ramai antara kita yang mempunyai senarai impian yang ingin dicapai sepanjang tahun ini, kan?

Siapa dekat sini yang ada wishlist untuk membeli rumah pertama atau menambah rumah kedua sebagai aset pelaburan di masa akan datang?

Kalau nak untung bila beli rumah, tentulah kita kena pilih projek perumahan yang ada bermacam-macam kelebihan yang boleh mendatangkan nilai pelaburan yang besar kepada kita di masa depan dan kalau korang tak tahu nak beli rumah dekat mana, apa kata usha THE VALLEY RESIDENCES di Setiawangsa, Kuala Lumpur!

LOKASI STRATEGIK: TENGAH BANDAR KL, DEKAT LRT & BERSEBELAHAN AEON AU2 MALL

Kenapa kami suruh usha projek perumahan yang dibangunkan oleh SKYWORLD ni adalah kerana lokasinya yang betul-betul ngam tengah bandar Kuala Lumpur, berdekatan dengan stesen LRT Setiawangsa dan Jelatek serta sangat dekat dengan lebuhraya DUKE, AKLEH, MRR2 dan SPE (Setiawangsa-Pantai Expressway).

Tapi yang paling best korang tinggal lintas jalan je untuk membeli-belah di AEON AU2 MALL, SETIAWANGSA sebab residensi ini hanya bersebelahan sahaja dengan pusat membeli-belah berkenaan.

Dah tak payah pening-pening kepala nak sangkut jammed ke atau nak cari parking kalau nak beli barang dapur atau masak lepas balik kerja.

Lebih menarik, kediaman ini juga dikelilingi dengan sekolah, hospital dan taman-taman rekreasi yang terkenal di sekitar ibu kota.

LEBIH 60 FASILITI MENARIK DI PELBAGAI TINGKAT

Kalau korang beli satu unit rumah di THE VALLEY RESIDENCES, ini bermaksud korang bakal menikmati lebih 60 kemudahan menarik lain yang disediakan di pelbagai tingkat seperti kolam renang infiniti dengan spesifikasi panjang bertaraf Olimpik, MMA Power gimnasium, sauna, gelanggang squash, studio aerobik, studio yoga, taman permainan, padang mini golf dan banyak lagi.

Paling gempak korang dapat menikmati pemandangan malam KL yang indah dari tingkat 9 dan juga rooftop dengan melepak di Sky Jacuzzi, Sky Lounge atau Sky Dining yang disediakan khas untuk korang sekeluarga.

RUANG DALAMAN RUMAH BERKONSEP MODEN & LUAS

THE VALLEY RESIDENCES ini merupakan bangunan pencakar langit yang tertinggi di Setiawangsa dengan memiliki 3 blok menara berjumlah 48, 43 & 53 tingkat di atas tanah seluas 4.6 ekar.

Mendiami rumah di sini umpama korang tinggal di atas awan, namun dikelilingi pokok-pokok hijau yang bakal memberikan ketenangan serta kedamaian ibarat 'Rumahku, Syurgaku'! 

Harga unit yang dijual adalah daripada RM380K*.

THE VALLEY RESIDENCES menawarkan pilihan 4 jenis rumah iaitu :

JENIS A (800 kaki persegi) = 3 Bilik + 2 Bilik Air

JENIS B (1,018 kaki persegi) = 3 Bilik + 2 Bilik Air (Dwi-Kunci)

JENIS C (1,118 kaki persegi) = 3+1 Bilik + 3 Bilik Air 

JENIS D (1,318 kaki persegi) = 4 Bilik + 3 Bilik Air (Dwi-Kunci)

Susun atur dalaman setiap unit meskipun berbeza keluasan adalah sangat sesuai untuk pasangan yang baharu berkahwin atau memiliki keluarga yang bersaiz kecil dan sederhana.

Malah setiap unit kediaman turut disediakan 2 hingga 3 ruang parking (tertakluk kepada saiz).

PROJEK PERUMAHAN BERKUALITI TINGGI

Sekarang projek perumahan di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun malangnya, jika salah pilih korang bakal berdepan dengan kelewatan tarikh siap pembinaan atau lebih teruk rumah yang diduduki mengalami kerosakan kerana kualiti yang tidak dijaga.

Berbeza jika korang membeli kediaman dengan pihak SKYWORLD kerana THE VALLEY RESIDENCES ini mematuhi sistem penilaian kualiti yang dibangunkan oleh Construction Industry Development Board (CIDB) iaitu Quality Assessment System In Construction (QLASSIC).

Malah THE VALLEY RESIDENCES ini juga telah dinobatkan sebagai 'Kediaman Paling Mesra Keluarga' pada Malam Anugerah StarProperty.my 2018. Juga dianugerahkan oleh Asia Pacific Property Award 2019/20 sebagai 'Senibina Terbaik Kediaman Bertingkat Di Malaysia'. Memang hebatlah!

 

Jadi tunggu apa lagi? Cepat-cepat tempah unit yang korang suka atau untuk mendapatkan info lebih lanjut boleh sahaja kunjungi galeri hartanah kami atau hubungi pegawai jualan kami di : 

Nombor Telefon: 03-92120457 

Galeri SkyWorld - Bersebelahan Kompleks MSN Taman Keramat

Waze: SkyWorld Gallery @ Setiawangsa

Google link: SkyWorld Gallery Setiawangsa 

Website: The Valley Residences @ Setiawangsa

FB page: SkyWorld Development

*tertakluk kepada terma & syarat 

 

Destination: