[Rileklah Giveaway] – Menangi Sepasang Tiket Ke Tayangan Perdana Dilan 1991





Dilan kembali lagi tahun ini untuk memenangi cinta Milea dalam filem kedua yang diadaptasi daripada novel berjudul sama ini. Dilan 1991 merupakan sambungan kepada filem sebelum ini iaitu Dilan 1990.

Dilan bahagian kedua adalah filem adaptasi dariapda novel Dilan : Dia adalah Dilanku Tahun 1991 dan kali ini lebih menceritakan jatuh bangun dan suka duka kisah cinta romantis pelajar sekolah menengah bernama Dilan (Iqbal Ramadhan) dan Milea (Vanesha Prescilla).

Hubungan Dilan dan Milea diduga dengan konflik yang mana Dilan bakal dibuang sekolah disebabkan pergaduhan dengan Anhar. Dilan kemudiannya terlibat dengan pergaduhan dan mempunyai musuh yang ramai.

Nak ceritakan semua, tak surprise lah pulak nanti. Cuma kita nantikan pengakhirannya di panggung wayang nanti ya!

Menariknya tentang filem Dilan 1991 ini, ketika tayangannya di Indonesia bulan Februari lalu, ia berjaya menarik sejumlah 2 juta tontonan dalam hanya 3 hari tayangan dan seramai 80,000 orang telah menonton tayangan perdana.

Satu lagi fakta yang penonton Malaysia kena tahu adalah filem ini sangat berjaya di Indonesia sehingga memecahkan kutipan filem Avengers : Endgame di Indonesia dan menerima anugerah daripada Indonesian Muuseum of Records dengan mencatatkan penonton paling ramai pada tayangan perdana dan hari tayangan pertama.

Dilan 1991 akan ditayangkan di Malaysia pada 11 Julai dan kami berbesar hati untuk memberikan sepasang tiket ke tayangan perdana filem Dilan 1991seperti di bawah :

Filem : Dilan 1991

Lokasi : TGV Cinemas, 1 Utama

Tarikh : 9 Julai 2019, Selasa

Masa : 8.45 malam


TAYANGAN PERDANA DILAN 1991

Kami akan berikan 40 keping tiket kepada korang yang sentiasa menyokong Rileklah dan korang yang minat cerita cinta atau filem Indonesia patut sesangat hadir untuk menyaksikan tayangan perdana ini!

Nak join? Senang je, isikan maklumat yang diperlukan di bawah. Pemenang akan dipilih secara rawak. Tapi, korang kena jugak SHARE post ni dan TAG 3 orang kawan korang untuk penyertaan.

Isikan maklumat di bawah ye...

Sementara nak tunggu tarikh tayangan perdana ni, kita layan trailer official ni dulu lah ye :