RM 30 Je Ke KLIA & KLIA 2 Dengan Tawaran Baru SOCAR!

June 27, 2019 - 02:22 PM


Platform perkongsian kenderaan SOCAR nampaknya memberikan khabar gembira buat mereka yang selalu risau pasal harga parking di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Tawaran terbaru daripada SOCAR ini membenarkan korang membuat trip sehala untuk ke KLIA atau KLIA2 serendah RM30 sahaja! Tapi, promosi ini akan berakhir pada 31 Ogos 2019 nanti lah.

Sebelum ini, korang yang pernah menggunakan perkhidmatan perkongsian kereta SOCAR ini mesti tahu yang korang akan dikenakan cas RM50 untuk perjalanan sehala dan untuk promosi ini, diorang dah waive bayaran tersebut dan korang boleh ke KLIA dan KLIA 2 dengan bayaran serendah RM30.

Kalau travel berkumpulan, bahagikan sama rata. Murah sesangat dah tu.

Bila RM50 tu dah dihapuskan, korang boleh sewa misalnya Perodua Axia hanya RM16 untuk 2 jam – ini kos sebelum masuk cukai lah. Jadi, dengan jarak percuma sejauh 20km untuk setiap tempahan, termasuk minyak, kira murah sesangat lah. Kalau contoh senang, jarak KL ke KLIA lebih kurang 45 ke 50 kilometer; oleh sebab 2 jam (perjalanan KL ke KLIA) ditambah pula jarak tadi, korang akan dikenakan cas RM0.25 per kilometer. Nak extra 20km, tambahlah lagi RM5.

Jumlah : RM16 (untuk 2 jam) + tol ~RM7.50 +RM5 (kalau lebih kilometer) = 28.50 (sebelum cukai).

Cara dia, masuk ke aplikasi SOCAR, cari lokasi yang boleh buat perjalanan sehala. Ada lebih kurang 100 lokasi kenderaan ‘one-way’ pada hari biasa, dan 22 lokasi pada hari minggu.

Sampai di KLIA atau KLIA2, korang masuk ke parking khas SOCAR yang ada disana dan tinggalkan token di dalam kereta. Sebelum ‘pulangkan’, macam biasa lah, kena ambil gambar lokasi kereta dan lokasi mana yang korang park kereta tersebut. Jangakakan dalam 5 hingga 10 minit la untuk proses ‘pemulangan’ kereta ni.

Contoh Zon Parking SOCAR. 

Kalau Axia tak muat, ada je pilihan kereta-kereta lain, cuma harganya lebih mahal. Dan INGAT, harga penggunaan pada hari biasa adalah berbeza dengan hari minggu. Weekend dia mahal sikit.

Sumber : Website | SOCAR