RM500 Juta Dana Untuk Mereka Yang Minat Usahakan Inap Desa

April 08, 2019 - 05:09 PM


Malaysia antara negara yang rancak dalam membangunkan eko-pelancongan menerusi program inap-desa atau dipanggil ‘homestay’.

Dan ini berita baik untuk individu yang berminat mengusahakan inap desa atau pusat pelancongan di tepi laut atau di dalam hutan.

Anda kini boleh memohon dana bernilai RM500 juta melalui Tabung Khas Pelancongan di bawah dana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Memetik laporan BERNAMA, Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata dana yang disalurkan menerusi SME Bank itu boleh dipinjam dengan syarat memiliki cagaran.

Signifikan syarat cagaran itu katanya, kalau dikenakan faedah empat peratus, kerajaan akan menanggung dua peratus.

Dana tersebut juga adalah untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki idea bagi memajukan pelbagai perusahaan dalam sektor pelancongan termasuk industri kraftangan.

Jadi bagi anda yang berminat bolehlah layari http://www.motac.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sumber: BERNAMA