
Sempena Aidilfitri & Pesta Menuai, AirAsia Tawar Promosi Tambang Rendah
Berita baik untuk korang yang plan nak balik kampung sempena Pesta Menuai dan Aidilfitri pada bulan Mei nanti.
AirAsia menawarkan penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap bagi memenuhi permintaan perjalanan sempena musim perayaan berkenaan.
Tambang yang ditawarkan bermula daripada :-
RM99 bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar; Kota Bharu; Kuala Terengganu dan Johor Bahru
RM149 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak
RM199 dari Semenanjung Malaysia ke Sabah
Tawaran itu tersedia bagi perjalanan antara 31 Mei dan 17 Jun 2019 manakala untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak bagi perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019.
Bagi memenuhi permintaan yang tinggi semasa musim perayaan, AirAsia juga menyediakan lebih 115,000 tempat duduk tambahan dalam tempoh tersebut.
Oleh itu, AirAsia turut menasihatkan para penumpang yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh berkenaan untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka akan berlaku di pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk.
Mereka juga disaran mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk sendiri.
Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh didapati dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.
Sumber: Berita Harian
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video