Tawaran Menarik Dari Malaysia Airlines Sempena Tahun Baru

January 10, 2019 - 05:30 PM


Sempena tahun baru ini nampaknya pihak airlines juga berlumba-lumba membuat promosi untuk pelanggan mereka. Tidak ketinggalan juga pihak Malaysia Airlines menawarkan tawaran menarik sempenan tahun 2019. Dengan pelbagai tawaran menarik anda boleh rancang percutian anda bersama “New Year Deals” dengan pengurangan sehingga 30 peratus bagi tambang penerbangan ke destinasi terpilih dalam rangkaian Malaysia Airlines.

Tawaran Tahun Baru ini bermula dari 7 hingga 13 Januari 2019, penumpang boleh melakukan perjalanan ke destinasi kegemaran mereka atau teroka lokasi baru dengan tambang Kelas Ekonomi sehala (all-in) dengan harga serendah RM169 ke Langkawi dan dari RM279 ke Kota Kinabalu.

Malaysia Airlines sangat gembira untuk meraikan permulaan tahun baru 2019 dengan tawaran promosi terbaik kepada pelanggan dan pengembara tegar. 

“Dengan banyak hujung minggu yang akan datang menjelang tahun 2019, terutamanya cuti perayaan seperti Tahun Baru Cina, kami menggalakkan pelanggan merancang perjalanan mereka terlebih dahulu sama ada cuti hujung minggu yang panjang atau pendek. Lengkapkan resolusi tahun baru anda dengan meneroka dunia bersama Malaysia Airlines,” jelas Ignatius Ong, Ketua Pegawai Pendapatan Malaysia Airlines.

#TawaranExtra

  • Pelanggan boleh nikmati potongan 20% pada servis “add-on” seperti pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan & akses Golden Lounge di KLIA
  • “Combo Purchases” untuk pilihan tempat duduk standard & 10 kg bagasi tambahan ATAU akses lounge serta extra legroom seats
  • Tempoh jualan: 7 Januari sehingga 13 Januari 2019
  • Tempoh perjalanan: Sah untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019

Bukan sekadar tawaran penerbangan domestik sahaja, anda boleh menikmati tambang ke Singapura serendah RM189, dari RM229 ke Jakarta, dari RM459 ke Hong Kong, dari RM899 ke Beijing dan dari RM1, 329 ke Tokyo. Destinasi lain yang ditawarkan termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sydney bermula RM1, 169, dari RM1, 299 ke Adelaide dan London dari RM1, 789.

Tambang Malaysia Airlines merangkumi elaun bagasi check-in sebanyak 40 kg pada Business Class di semua destinasi, 30 kg pula untuk Economy Class ke destinasi antarabangsa manakala 20 kg untuk domestik. Selain itu, makanan percuma serta in- ight entertainment turut disediakan.

Matlumat lanjut boleh ke laman web Malaysia Airlines