Tidur Lebih Nyenyak Dengan Seasons Daripada Mitsubishi Electric

August 01, 2019 - 10:00 AM


Menurut laporan portal myMetro, 44 peratus orang dewasa mengalami masalah tidur dan kebanyakkan daripada kita tidur kurang daripada enam hingga tujuh jam sehari.

Menurut beberapa kajian, kekurangan tidur ini ada kaitan dengan pengurangan daya berfikir serta pemprosesan maklumat.

Ada beberapa faktor utama yang menyebabkan segelintir daripada kita mengalami masalah tidur, salah satu daripadanya adalah keadaan persekitaran seperti bilik terlalu sejuk, keadaan bilik yang panas, faktor gangguan luaran seperti bunyi-bunyian, lampu dan sebagainya.

Kebiasaannya, pemasangan dan pemilihan kipas yang betul dapat memberikan suasana dan persekitaran yang optimum di kediaman anda. Selain saiz kipas, salah satu faktor yang selalu diambil kira oleh golongan kita adalah reka bentuk.

Untuk disesuaikan dengan hiasan dalaman rumah, pemilihan kipas yang betul juga akan memberikan impak kepada ruang selain memberikan pengudaraan yang cukup untuk satu-satu ruang di kediaman anda.

Terbaru, Mitsubishi Electric telah mengeluarkan sebuah produk baru yang bakal menepati citarasa ramai selain memberikan pengalaman tidur yang terbaik iaitu Seasons, sebuah kipas elektrik yang menggunakan kuasa motor DC.

Untuk memberikan pengudaraan yang sempurna, Seasons dilengkapkan dengan rekaan ‘3D Smart Flow’ yang mana kipas ini boleh bergerak 180 darjah melintang dan 90 darjah menegak. Ini maknanya, ruang bilik anda akan dapat pengudaraan yang baik, tidak seperti kipas berdiri yang lain.

Selain fungsi tersebut, ia didatangkan dengan penggunaan motor DC yang menggunakan kuasa elektrik yang rendah dan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat (kurang daripada 30dB).

Jika itu tidak cukup perlahan, anda boleh gunakan fungsi ‘silent’ yang mana kipas akan berpusing dan mengeluarkan bunyi kurang daripada 12 dB, lebih perlahan daripada kita berbisik!

Apa yang membuatkan kami tertarik adalah fungsi ‘rhythm’ yang akan meniup angin seakan-akan angin semulajadi. Secara tidak langsung, kita akan berasa sepeti berada di luar rumah dan ditiup angin luar. Cuba bayangkan, anda berada dipangkin rumah dan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil minum kopi dan makan goreng pisang. Asyik sungguh!

Selain fungsi ‘rhythm’ ini, satu lagi mode yang buat kami kagum adalah fungsi ‘sleep’. Bila fungsi sleep ini diaktifkan, kipas akan memperlahankan tiupan angin secara automatik sehingga kita terlelap. Jadi, secara tak langsung, sambil tidur pun kita akan menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan elektrik.

Disebabkan reka bentuk yang moden dan trendy, anda boleh lengkapkan kediaman anda dengan kipas ini juga sebenarnya. Memang ‘classy’ dan elegan ruang tamu anda nanti.

Anda boleh pilih, mahukan kipas berdiri yang tinggi, ataupun rendah kerana tiangnya boleh ditanggalkan dan disesuaikan menurut citarasa anda serta gaya kediaman anda nanti.

Untuk pasaran Malaysia, buat masa ini Mitsubishi Elektrik hanya membawa masuk warna hitam sahaja. 

Lagi satu, untuk yang tinggal di apartment atau kediaman yang mempunyai kurang tingkap, Mitsubishi juga ada keluarkan penyedut udara atau ventilator dengan kemasan warna terbaru. Jadi, udara panas akan disedut keluar dengan adanya Mitsubishi Ventilator ini. Secara tidak langsung, ia memberikan pengudaraan yang baik untuk kediaman. 

Ada kipas baru, apa salahnya upgrade sekali ventilator dekat rumah anda tu. Pasti pengudaraan lebih sempurna. Design baru dia ni pun, nampak elegant jugak ni...