Toyota Yaris Dilancarkan Untuk pasaran Malaysia, Bermula RM71 Ribu!
Model Toyota yang paling ditunggu, Yaris akhirnya dilancarkan untuk pasaran Malaysia baru-baru ini. Model ‘hatchback’ ini boleh dianggap ‘adik’ kepada Vios dengan engine Dual VVT-i 1.5 liter.
Sesuai dengan target mereka iaitu mensasarkan Gen-Y, Totoya Yaris 2019 ini direka khas untuk mereka yang mahukan gaya yang sleek serta trendy.
Untuk pasaran Malaysia, tiga variant disediakan iaitu J,E, dan G yang mana spesifikasi asas adalah untuk model J yang didatangkan dengan lampu depan berhalogen serta lampu daytime LED, rim 15 inci, keyless dan fungsi push-start dan lain-lain lagi.
Spesifikasi Penuh Toyota Yaris
Untuk variant ‘E’ dan ‘G’ pula, ia didatangkan dengan rim 16 inci selain aksesori yang sama dengan variat sebelum ini.
Secara keseluruhan, Yaris mempuntyai 7 beg udara SRS, Panaromic View Monitor, Monitor ‘Blind Spot’ dengan Amaran Lalu Lintas Lintas Belakang, Kawalan Bantuan Mendaki dan Perakam Video Digital Depan.
Mengintegrasikan ke dalam dunia digital yang baru, Yaris dilengkapi dengan DVD-AVX dengan pencerminan USB dan pelabuhan pengecasan USB yang cepat, bolehlah mengecas telefon tanpa pening kepala bateri habis ditengah jalan. =D
Toyota Yaris 2019 didatangkan dengan 5 pilihan warna untuk pasaran Malaysia untuk ketiga-tiga variant iaitu : Citrus Mica Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic and Super White II.
Dari segi harga, Kumpulan UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan harga masing-masing sebanyak RM70,888, RM76,888 dan RM83,888.
Yaris 1.5G - RM83,888
Yaris 1.5E - RM76,888
Yaris 1.5J - RM70,888
Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi penuh; boleh ke laman web Toyota.