Wow! 4x Mata Ganjaran Bonuslink Di Shell Sepanjang Bulan Syawal!

May 28, 2021 - 04:32 PM


Selalunya ayah min akan kumpul mata ganjaran daripada pam-pam minyak sepanjang tahun, lepas tu dia akan tebus mata ganjaran tu untuk isi minyak balik kampung masa Hari Raya. Tapi sekarang ni kita pun dah lama tak pulang ke kampung, mesti dah banyak mata ganjaran yang terkumpul kan? 

Walaupun kita dah kurang berjalan pada musim pandemik ni, kalau korang pengguna Bonuslink dan korang nak isi minyak di Shell, korang bakal berpeluang untuk mendapat ganjaran 4 kali ganda mata ganjaran Bonuslink. Sebagai sebuah inisiatif Aidilfitri tahun ni, Shell telah melanjutkan lagi program Ekstra Ganjaran Setiap Hari yang hanya akan tamat pada 31 Julai tahun ini. 

Ini merupakan antara inisiatif yang diambil kumpulan Shell bagi memberikan ganjaran kepada pengguna setia meraka di bulan Syawal ini walaupun Syawal kita kurang meriah sejak tahun lepas lagi. Untuk mengambil bahagian senang je, korang hanya perlu isi minima RM50 di dalam satu receipt, dan setiap kali korang datang dan isi semula di Shell, ganjaran akan digandakan. 

Selain itu, korang boleh juga tebus mata ganjaran korang dengan sekurang-kurangnya 100 mata ganjaran dan korang boleh dapat kudapan seperti air tin, dan keropok ikan Shell SELECT.