Wow! Diskaun 20% Untuk Semua Penerbangan AirAsia Sempena Hari Merdeka

August 28, 2019 - 12:42 PM


AirAsia nampaknya sekali lagi ‘memenangi’ hati rakyat Malaysia dengan mengadakan promosi sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal disambut hujung minggu ini.

Menerusi promosi Hari Merdeka ini, tawaran potongan 20% diberikan kepada semua penerbangan domestic mahupun antarabangsa. Pendek cerita, semua penerbangan lah. Tidak cukup itu, promosi ini turut meliputi pemilihan tempat duduk serta tempahan hotel.

Promosi terhad ini akan berakhir pada 1 September 2019 dan tempoh penerbangan adalah dari 2 September sehingga 19 November 2019.

Inilah masa terbaik untuk korang dapatkan tiket murah ke mana – mana destinasi idaman korang. Hehe. Seperti biasa, tempahan boleh dilakukan menerusi aplikasi AirAsia di telefon pintar ataupun laman web rasmi AirAsia.

Selain promosi potongan harga ni, ramai yang berkongsikan iklan ‘epik’ untuk menyambut hari kemerdekaan oleh AirAsia. Mana tidaknya, iklah tersebut menampilkan Perdana Menteri, Tun Mahathir serta Sasterawan Negara, Dato Sri A Samad Said.

Kedua-dua ikon tersebut membaca puisi yang membawa maksud yang agak mendalam juga sebenarnya. Korang tengoklah sendiri…