7 Tip Penerbangan Sempurna Yang Kebanyakkan Penumpang Tidak Tahu

GAYA HIDUP
July 05, 2017 - 02:11 PM


Kapal terbang merupakan antara pengangkutan paling moden. Bayangkan besi seberat bertan-tan boleh floating di udara. Boleh dikatakan ajaib namun dengan teknologi yang serba canggih segalanya tidak mustahil. Bagi mereka yang selalu terbang sana-sini mungkin 7 perkara ini sudah sedia maklum.

 

1. Biasanya Seat Tepi Tingkap Lagi Sejuk

Suhu di luar kapal terbang boleh mencecah sehingga -60 hingga -65 darjah. Suhu yang sangat sejuk ini boleh memberi effect kepada mereka yang berada di tepi tingkap. Jadi kalau korang suka berada di tepi tingkap digalakkan memakai pakaian yang tebal sedikit.

 

2. Elakkan Minum Kopi atau Teh

Dulu aku selalu juga order teh masa dalam flight, tapi lepas aku tahu kisah sebenar mungkin lepas ni aku hanya minum air mineral atau pun fresh jus sahaja. Ini kerana air panas yang di gunakan oleh cabin krew mengandungi sejenis bektiria seperti E. coli dan Staphylococcus aureus. Telah di ujikaji di dalam makmal untuk persekiran udara di dalam airlines. [sumber]

 

3. Meja Lipat dan Poket Depan adalah tempat paling kotor

Poket seat belakang kerusi adalah tempat paling kotor. Banyak penumpang buang sampah dalam tu dan tidak dibersihkan seperti mana kita harap kan. Meja lipat pula selalunya digunakan untuk tukar lampin budak2. Di akui oleh ramai cabin crew. Jadi lebih baik barang2 personal simpan dalam beg sendiri dan elakkan letak makanan tanpa lapik di atas meja.

 

4. Waktu sesuai penerbangan adalah waktu pagi

Jika ada pilihan pilihlah waktu penerbangan di waktu pagi. Penerbangan di waktu pagi biasanya peratusan untuk delay agak rendah. bagi yang takut untuk naik flight kebiasaannya waktu pagi susah untuk berlakunya gelombang udara atau air turbulance.

 

5. Seat Paling Belakang Terbaik

Kalau nak keluar awal boleh pilih seat paling depan. Makanan pun paling awal dapat. Tapi servis paling bagus adalah seat belakang. Biasanya kalau duk belakang boleh dpt extra service dari cabin krew.

 

6. Jangan Tiup Bantal Terlalu Banyak

Bila bawa bantal ke dalam flight (bantal yg jenis angin) jangan lupa hukum fizik. Angin yang banyak boleh menyebabkan tekanan berlebihan di dalam cabin. Jadi cukuplah sekadar cukup-cukup sahaja tiup tu.

 

7. Request Special Menu

Bagi muslim kena alert sikit kalau naik penerbangan internasional. Sebab tak semua flight menghidangkan menu yang halal. So request lah halal meal. Lagi satu speciel menu akan dapat awal. Sesetengah airlines ada spesial menu dan menu ni tak kan sama dengan yang standard.