Saya Pun Penah Cantik Masa Muda Dulu - Ellie Suriaty 2022
Pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera tidak lama lagi.
Meminta respon daripada pengarah dan pelakon Ellie Suriaty, dia tidak terkejut dengan berita itu. Tegas Ellie, 52, dia cukup mengenali Azri selama 19 tahun hidup bersama.
Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini. Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.
Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.
Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi.
Bukan baru kahwin setahun dua
Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.
Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.
Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.
Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar.
Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Sumber: Getaran
Ellie Suriaty berkata cantik itu adalah subjektif dan apa yang paling penting untuk semua pengamal industri kreatif adalah bakat.
Ini kerana bakat tidak ada pasa semua orang dan ia anugerah istimewa kepada yang memilikinya.
“Bakat adalah anugerah Allah SWT. Ia sangat khusus pada orang tertentu. Jadi saya tak melihat pada rupa paras kerana ia subjektif. Kalau cakap cantik ke tidak, saya dulu pun pernah cantik masa muda muda, lawa!
“Dalam hal ini, bukan soal cantik, tapi saya lihat ada kelemahan di bahagian penghasilan skrip. Ia wajar dipelbagaikan untuk beri ruang pekerjaan dalam industri seni, buat mereka yang berbakat,” katanya kepada Utusan Online.
Ellie kata dia tak hentam pun kalau seseorang artis itu mahu sentiasa tampil cantik dan tampan kerana itu cara mereka menjaga keterampilan dan kesihatan.
“Kalau dia jaga bab itu, ia sesuatu yang positif bagi saya. Tapi, kena ingat. Bila anda berjalan masuk ke dalam sebuah majlis hiburan, meski ramai orang cantik dan berpenampilan cantik, anda akan nampak yang outstanding adalah mereka yang kita tahu kualiti dan disiplin kerjanya.
“Ini bukan outstanding dari segi kontroversi ya. Tapi bakat dan kerjayanya yang begitu menyerlah walaupun ketika itu, busana yang dipakainya sangat sederhana.
“Satu yang saya ingin pesan pada semua, orang yang berbakat mestilah menjadi orang yang tidak malas. Semuanya kena bergerak seiring."
Namun katanya ianya amatlah mustahil untuk menemui 10 atau 100 orang yang berbakat besar dalam satu masa sama.
“Sekarang banyak artis dan bakat baru yang ada macam cendawan tumbuh. Tapi, bakat boleh diasah sebenarnya. Mana boleh dapat sekali gus serentak. Tak kisahlah sama ada pelakon, penyanyi, pengarah, penulis, pelukis sekali pun.
“Pihak TV pun kena main peranan. Kalau pengikut ramai di media sosial, tidak bermaksud seseorang itu benar-benar berbakat.
“ Pula itu jika hanya berpaksikan pada rupa paras semata. Tak bolehlah cop dah boleh berlakon jadi hero atau heroin."-CARI