Ibu Mertua Bolot Semua RM400K Wang KWSP Tanpa Mengikut Hukum Faraid
SOSIALNasib malang yang menimpa seorang wanita ini wajar dijadikan pengajaran buat semua. Melalui sebuah pendedahan di TikTok, wanita berkenaan menjadi ibu tunggal sekelip mata setelah kehilangan suami tercinta. Allahyarham dikatakan meninggalkan wang KWSP sebanyak RM400,000 yang pastinya boleh menampung kehidupan isteri dan anak-anaknya untuk beberapa tempoh tertentu.
Perkara itu diketahui selepas dia ke pejabat KWSP untuk bertanyakan proses tuntutan simpanan arwah suami berjumlah RM400,000.
Pegawai bertugas memberitahu ibu kepada arwah suami telah membuat tuntutan terlebih dahulu. Dengan tebal muka, wanita ini memohon wang dibahagikan mengikut faraid untuk kegunaan membesarkan anak-anak.
Wanita berkenaan menebalkan muka dan meminta budi bicara agar wang tersebut dibahagikan mengikuti faraid. Namun ibu mentua enggan bertemu apalagi diajak berkongsi duit tersebut. Rupanya sejak sebelum berkahwin lagi, Allahyarham suaminya memang meletakkan ibunya sebagai penama dan ia tidak pernah diubah sama sekali. Dia cukup buntu memikirkan nasibnya yang tak ubah seperti jatuh ditimpa tangga.
Maksud Hukum Faraid
Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.
Hukum Faraid adalah satu aspek penting dalam hukum keluarga Islam dan ia merupakan suatu perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Seperti mana yang ditetapkan dalam firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 11-12.
Dalam hukum syarak, Ahli waris yang mempunyai hak Faraid ke atas pusaka si mati mestilah :
- Mempunyai pertalian darah
- Seorang Muslim dan
- Mempunyai pertalian perkahwinan