Jom Berbasikal Di TREX Bike Park! Litar Basikal Sesuai Untuk Seisi Keluarga!
Rakyat Malaysia ni memang suka pelbagai sukan dan aktivit yang menyihatkan betul tak? Baru-baru ini trend berbasikal semakin hangat di kalangan rakyat Malaysia. Setiap hujung minggu mesti kita dapat lihat pelbagai lapisan umur berbasikal di sekitar ibu kota.
Apa kata, kali ini korang try cabar diri korang berbasikal di litar basikal! TREX Bike Park adalah satu litar basikal yang cukup unik dan semestinya fun untuk seisi keluarga!
Korang boleh bawak basikal korang sendiri tau dan hanya perlu bayar caj masuk sahaja. Selain itu korang kenalah memakai helmet dan berkasut sukan atas tujuan keselamatan. Kalau tiada helmet atau basikal korang boleh sewa di sini!
Selain itu, korang boleh hantar repair basikal korang yang ada masalah jugak!
Kadar caj yang dikenakan:
- Bayaran masuk cuma RM 3
- RM 25/per jam untuk mountain atau city bike
- RM 20/per jam untuk basikal kanak-kanak
Waktu Operasi:
Jumaat | 9am–6pm |
Sabtu | 9am–7pm |
Ahad | 9am–12pm, 3:30–7pm |
Isnin | Tutup |
Selasa | 9am–6pm |
Rabu | 9am–6pm |
Khamis | 9am–6pm |
No Tel: 012 3933 890 - DNGB BIKE CITY, TREX Bike Park Eco Grandeur