Negara Yang Berpuasa Paling Lama Dan Paling Singkat Ramadhan 2021

PILIHAN EDITOR
April 14, 2021 - 03:45 PM


Bulan suci yang bermula awal dua minggu setiap tahun ini membuatkan sesetengah negara menjalani ibadah puasa pada musim panas dalam waktu yang lebih panjang ada juga akan berpuasa dalam jangka waktu yang pendek.

Bagi kita di Malaysia, kita berpuasa lebih kurang 13 jam setiap hari, dan dijangka akan menerima banyak taburan hujan. Tetapi negara mana yang akan memiliki waktu siang paling banyak dan negara mana yang akan berpuasa terpendek?

Ramadan terpendek pada tahun 2021:

New Zealand, Argentina dan Afrika Selatan masing-masing akan menjalani tempoh puasa terpendek iaitu selama 11 jam 30 minit.

Ramadan terpanjang pada tahun 2021:

Norway, Greenland dan Finland masing-masing akan menjalani tempoh puasa Ramadan terpanjang iaitu selama 20 jam.

Berpuasa di negara yang mengalami tempoh siang lebih panjang

Bagi umat Islam yang mejalani ibadah puasa di negara-negara dengan waktu siang yang sangat panjang selama sebulan Ramadan seperti do Helsinki dan Oslo, mereka tidak dapat berpuasa selama 20 jam.

Jadi, apa yang mereka buat?

Memetik portal The National News, di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa telah dinyatakan untuk membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain. Sebagai contoh, ramai yang akan mengikuti waktu puasa di Mekah di Arab Saudi.

Tahun ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.

Berikut adalah waktu terpanjang dan terpendek berpuasa sepanjang Ramadan 2021

Waktu berpuasa singkat:

Wellington, New Zealand: 11.5 jam

Buenos Aires, Argentina: 11.5 jam

Cape Town, Afrika Selatan: 11.5 jam

Malaysia: 13 jam

Singapore: 13.5 jam

Dakar, Senegal: 14 jam

Bangkok, Thailand: 14 jam

Waktu berpuasa normal:

New Delhi, India: 15 jam

Hong Kong: 15 jam

Muscat, Oman: 15 jam

Riyadh, Arab Saudi: 15 jam

Doha, Qatar: 15 jam

Dubai, UAE: 15 jam

Kaherah, Mesir: 15.5 jam

Baitulmaqdis: 15.5 jam

Kuwait City, Kuwait: 15.5 jam

Tokyo, Jepun: 16 jam

Rabat, Maghribi: 16 jam

Islamabad, Pakistan: 16 jam

Tehran, Iran: 16 jam

Beirut, Lubnan: 16 jam

Washington, DC, US: 16 jam

Madrid, Sepanyol: 16.5 jam

Beijing, China: 16.5 jam

Ankara, Turki: 16.5 jam

Moscow, Rusia: 17 jam

Paris, Perancis: 17 jam

Ottawa, Kanada: 17 jam

Kabul, Afghanistan: 17 jam

Waktu berpuasa terpanjang:

Zurich, Switzerland: 18 jam

Warsaw, Poland: 18.5 jam

London, UK: 18.5 jam

Berlin, Jerman: 19 jam

Oslo, Norway: 20 jam

Helsinki, Finland: 20 jam

Nuuk, Greenland: 20 jam

Sumber: Astro Awani