Nikmati Air Kelapa Sambil Dikelilingi Pokok Kelapa Di Sekinchan

November 03, 2021 - 03:59 PM


Ada tak di antara korang peminat buah kelapa ? senang cerita apa-apa sahaja yang berkait dengan buah kelapa korang tentu suka contohnya seperti jelly kelapa, umbuk kelapa, air kelapa shake dan banyak lagi. Tentu korang semua tahu bahawa air kelapa mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk tubuh badan. Namun tahukah anda di Sekinchan terdapat sebuah kedai di dalam kebun kelapa. 

Uniknya tempat ini kerana anda boleh menikmati air kelapa dengan suasana yang nyaman kerana tempat ini dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa dan angin yang bertiup kencang. Ini tentu memberi satu pengalaman yang baru untuk korang kerana agak susah untuk jumpa hidden gems sebegini. Jika korang ingin ke tempat ini, korang boleh search Sekinchan Coconut Farm, Selangor.

 

Destination: