Passport Punyai Cop Tarikan Pelancongan Dihalang Masuk Ke Negara Lain

TERKINI
February 26, 2020 - 11:35 AM


Kalau tak salah, sebelum ini isu ini pernah dibahaskan di salah sebuah group Facebook, BBM atau Backpackers Buddies Malaysia dan ketika itu ia merujuk kepada kes yang seakan – akan apa yang bakal diceritakan ini.

Menurut cerita tersebut, pengguna Facebook dengan nama Tina Sibley memuat naik sebuah status yang mengatakan dirinya ditahan dan tidak dibernarkan menaiki pesawat ke Thailand gara – gara passportnya mempunyai cop salah sebuah tarikan pelancongan.

“Jangan dapatkan cop tarikan pelancongan di passport anda!” Begitulah peringatan yang dimuatnaik oleh pengguna berkenaan dan disebabkan cop yang tidak diiktiraf tersebut, beliau terpaksa ‘membayar’ harga yang mahal iaitu tidak dibenarkan travel.

Difahamkan, Tina telah mendapatkan cop dari Machu Picchu yang mana ia merupakan salah satu cop yang paling popular untuk didapatkan. Namun, apa yang perlu anda tahu ialah, pemegang passport tidak dibenarkan untuk menulis atau mempunyai apa – apa cop atau pelekat sekalipun di dalam dokumen berkenaan.

Perbuatan mendapatkan cop ‘asing’ ini ialah salah dan ia dikira sebagai mengubahsuai passport anda dan sebenarnya, ini bukanlah kes yang pertama kerana sebelum ini terdapat kes yang sama cuma ia berlaku kepada seorang pelancong dari Taiwan yang menampal pelekat Hello Kitty selepas melawat tarikan tersebut di Puteri Harbour Sanrio Hello Kitty Town, Johor.

Salah satu cop tarikan di Germany di Tembok Berlin

Untuk makluman, perbuatan ini adalah dilarang dan ia juga digunapakai untuk passport Malaysia. Jadi, selepas ini, jangan sesuka hati menulis, menampal atau mendapatkan apa – apa cop kenangan selain cop dari pihak imigresen. Jika tidak, anda perlu buat passport yang baru.

Sebagai saranan, jika mahu mengumpul cop sebegini, tampal di buku khas atau sediakan buku jurnal untuk perjalanan anda.