Rumah Terbakar Akibat Deodorant Meletup

SPECIAL
October 18, 2021 - 10:28 AM


Baru- baru ini di kota London, suatu kejadian mengerikan berlaku dimana sebuah apartment meletup dan menyebabkan seorang remaja yang berusia 13 tahun melecur pada perut dan tangan. Dikatakan kes ini berpunca dari deodoran jenis semburan yang meletup dan secara tidak sengaja telah terkena pada lilin yang terpasang di rumah remaja itu.

Dalam kejadian itu, dilaporkan sebanyak 12 keluarga sempat lari untuk menyelamatkan diri dan keluar dari bangunan yang sedang terbakar tersebut. Tidak lama kemudian pasukan bomba datang pada waktu yang tepat dan sempat mengawal keadaan dengan pantas. Pasukan bomba itu dihubungi oleh kakak kepada mangsa yang berusia 15 tahun setelah dia mendapati rumahnya terbakar.

Sewaktu kejadian, ibu kepada mangsa sedang keluar membeli barang di kedai berhampiran. Keadaan menjadi bertambah teruk apabila alat pengesan asap tidak berfungsi pada hari kejadian. Remaja tersebut,  Atrin Behazadi, telah berjaya di selamatkan dan kini dalam keadaan yang stabil.

Perkara ini menjadi pengajaran kepada kita untuk sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Perkara kecik seperti mana sekalipun jika dipandang remeh boleh menjadi besar malah tidak mustahil ia mampu meragut nyawa orang tersayang.

Destination: