Taman Tema Air Mudah Alih Angry Birds Yang Pertama Di Dunia Kini Berada Di Setia Ecohill

November 22, 2019 - 01:16 PM


Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi dan biasanya waktu ini aka nada banyak promosi menarik, tarikan percutian dan sebagainya disediakan baik dari percutian mahupun aktiviti menarik sempena cuti sekolah.

Apa kata, cuti sekolah nanti bawalah anak-anak ke Taman Tema Air Angry Birds Splash Water World yang ada di Setia Ecohill. Kalau nak tahu, ini merupakan taman tema air mudah alih Angry Birds yang pertama di dunia!

Watak Angry Birds sememangnya tidak asing lagi setelah bermula dewngan permainan video yang pernah menjadi fenomena satu masa dahulu dan ia kini dikembangkan ke pelbagai skop hiburan dan juga barangan pengguna.

Taman tema air ini mengunakan konsep ‘inflatable’ dan ia berkeluasan satu hektar. Mula dibuka secara rasmi harini selama dua bulan, taman tema ini mempunyai banyak karakter yang tidak asing lagi kepada Angry Birds iaitu Red, Chuck, Bomb, Terrence dan banyak lagi.

Dari segi tarikan, di taman tema ini terdapat permainan gelongsor air, halangan yang memaparkan pelbagai karakter serta gelongsor yang mempunyai ketinggian 12 meter.

Pembelian tiket boleh dilakukan di Ticket2U (ticket2u.com.my) dan harga tiket biasa adalah RM38 untuk kanak 2-12 tahun dan warga emas (60 tahun ke atas) dan RM50 untuk dewasa.

Bagi pass ekspress; ia dijual pada harga  RM53 untuk kanak – kanak dan warga emas, RM65 untuk dewasa.

Ada juga disediakan Pakej Keluarga ( 2 kanak – kanak + 2 orang dewasa ) dengan harga RM158.

Maklumat lanjut boleh ke laman web ticket2u.com.my