10 Pemain Bola Sepak Popular Dengan ‘Signature Skill’ Yang Hebat & Memukau

June 06, 2018 - 11:22 AM


Skill bola adalah antara satu sebab mengapa kita menonton perlawanan bola sepak selain kita meminati kelab atau pemainnya. Kebolehan pemain ‘menari’ dengan bola di kaki adalah satu kemahiran yang sangat berguna untuk menewaskan pemain lawan dalam situasi 1v1. Terdapat beberapa pemain yang sangat berbakat sehingga mampu mencipta skill mereka sendiri (signature skill).

Oleh itu, kami kumpulkan 10 pemain yang mempunyai signature skill mereka tersendiri.

The Maradona Turn/Roullette

The Maradona Turn adalah sesuatu yang ramai kanak-kanak praktikkan kerana ia sangat berguna ketika sedang bermain di waktu lapang. 

Tidak banyak peluang atau kesempatan yang ada untuk melakukan aksi ini dalam sesebuah perlawanan, tetapi ia mewakili satu daripada banyak tipu helah yang terkenal dalam bola sepak. Zinadine Zidane juga antara lagenda yang kerap menggunakan teknik ini untuk melepasi kawalan pihak lawan.

The Cruy Turn

Ini yang dikatakan kebijaksanaan yang asli. Mungkin bagi sesiapa yang mencubanya buat kali pertama akan gagal dan terjatuh. Itu adalah perkara biasa. Agak sukar untuk melakukan teknik ini tanpa kemahiran yang tinggi namun dengan latihan yang berterusan ia mampu menjadi sesuatu yang praktikal dalam sesebuah perlawanan.

The Ronaldinho Gaucho Snake

The Snake atau Elastico adalah satu teknik yang rumit untuk dihasilkan. Mungkin ia juga adalah teknik yang paling sukar dalam bola sepak

Beberapa pemain pernah melakukan teknik ini selain Ronaldinho, seperti Rivelino dari Brazil yang dianggap pencipta sebenar gerakan yang unik ini namun The Magician, Ronaldinho adalah pemain yang telah mempopularkan gerakan pemusnah ini. Buktinya jelas dapat disaksikan dalam video yang disediakan di bawah. Lihat sahaja bagaimana bintang Brazil ini menewaskan pihak lawan dengan sangat berkesan. Anda boleh mencuba melakukannya jika mampu

The Ferenc Puskas Pullback

Teknik Ferenc Puskas sentiasa diangkat sebagai pemain Hungary terbaik dalam sukan bola sepak dan beliau telah mencipta satu teknik yang digelar “Pullback V” ketika zaman kegemilangannya. Pada masa kini, teknik ini telah digunakan secara meluas dan adalah ‘aset’ yang perlu ada pada diri setiap pemain.

Video dibawah adalah bagi mengenang lagenda Real Madrid tersebut. Saksikan bagaimana beliau melakukan teknik ini.

The Juan Roman Riquelme Move

Teknik atau kemahiran ini jarang dapat anda saksikan. Kenapa ya? Kerana ia adalah sangat sukar untuk dilakukan dan hanya pemain yang sangat berbakat yang berani melakukannya dalam suatu perlawanan rasmi. Juan Roman Riquelme adalah salah seorang pemain yang sangat berbakat yang telah mewarnai permainan bola sepak dan beliau dianugerakan sepasang kaki yang hebat untuk menjayakan teknik ini.

Sangat menakjubkan bukan?

The Robinho Pullback

Satu lagi teknik yang sukar, tetapi Robinho menjadikannya kelihatan mudah. Gerakan ini sangat berkesan dalam ruang yang sempit, jika anda memiliki keseimbangan dan ketangkasan yang baik.

The Scissor / Bicycle Kick

Siapakah pemain yang menciptanya? Pemain Peru, Chile, Brazil, Itali dan banyak lagi negara semuanya mengatakan mereka yang telah mencipta teknik ini. Namun Pele adalah pemain terkenal yang pernah menggunakannya dan membuatkan dunia mengenali teknik yang hebat ini. Ia adalah antara teknik yang sukar untuk dilakukan memandangkan anda mungkin akan hilang keseimbangan dan berada dalam keadaan terbalik.

Video dibawah menunjukkan antara gol-gol cantik yang dihasilkan melalui teknik Sciccors atau Bicycle Kick

Jay-Jay Okocha – The Rainbow

Terdapat kesangsian tentang siapakah pencipta teknik The Rainbow ini, namun Jay-Jay Okocha telah menjadi pemain yang mempopularkan gerakan ini dalam perlawanan bola sepak yang kompetitif. Video yang disediakan menunjukkan bagaimana Okocha melakukan teknik The Rainbow. Beberapa teknik lain di dalam senarai ini juga telah dihasilkan lagenda Nigeria tersebut di dalam video ini. Anda tidak akan jemu menonton aksi beliau.

The Step-over

Siapa pula pencipta The Step-Over? Ramai pemain dari era terdahulu telah menampilkan teknik yang sangat efektif ini terutamanya pemain-pemain Brazil, seperti Ronaldo, Denilson, dan Amantino Mancini. Kemudian datang pula pemain seperti Robinho dan Ronaldinho yang dilihat berjaya mempraktikkan teknik ini dengan sempurna berbanding pemain-pemain lain. Pada hari ini, pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Riyad Mahrez, dan beberapa lagi pemain lain telah meneruskan teknik yang menghiburkan ini. Saksikan video dibawah yang menyaksikan bagaimana pemain lawan yang tertipu dengan helah dan gerakan kaki yang pantas ini.

Kerlon – The Seal Dribble

Satu teknik yang jarang dipraktikkan, tetapi tetap sesuatu yang agak menarik untuk disaksikan, iaitu Seal Dribble. Pemain yang tidak begitu terkenal namun terkenal dengan teknik ini adalah Kerlon, juga dari Brazil. Beliau mempu untuk lari dalam jarak yang agak jauh sambil mengimbang bola di kepalanya, dengan menanduk bola perlahan-lahan secara berulang kali.

Namun agak malang teknik ini sering kali menyebabkan beliau disiku dibahagian kepala oleh pihak lawan.

Saksikan aksi Kerlon dalam video dibawah

Pada masa kini, terdapat banyak video yang mengajar kita semua bagaimana untuk melakukan teknik-teknik yang menarik ini. Anda juga mungkin boleh mempelajarinya dan mempraktikkannya. Semoga berjaya