20 Kelab Bola Sepak Dengan Pendapatan Tertinggi Di Dunia

February 12, 2019 - 05:54 PM


Dalam era bola sepak moden, tidak dapat dinafikan keutuhan institusi kewangan sesuatu pasukan menjamin masa depan pasukan-pasukan tersebut.

Sekarang ini, harga perpindahan pemain senang-senang mencecah 50 juta pound, dan ada pasukan yang mampu dan sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain yang mampu membantu pasukan.

Walaupun kekayaan tidak akan menjanjikan kemenangan atau setidaknya mendapatkan kejuaraan, tetapi kalau dah tak ada duit untuk bayar gaji pemain, pegawai dan sebagainya, macam mana nak bertahan. 

Setakat ini, perpindahan termahal yang ada dalam dunia bola sepak dipegang oleh Neymar yang dibeli oleh kelab PSG dengan harga 198 Juta Pound pada 2017. Tapi, walau berbelanja sebanyak itu, tahu tak korang yang PSG bukannya pasukan yang memperolehi pendapatan yang tertinggi?

Ikut statistic yang disediakan Deloitte Football Money League untuk musim 2017 -2018, ini adalah ranking 20 pasukan yang mempunyai pendapatan yang tertinggi :

Nota 1 juta euro bersamaan RM 4.6 juta

#20. West Ham United | 197.9 Juta Euro

 

#19. Newcastle United | 201.5 Juta Euro

 

#18. AC Milan | 207.7 Juta Euro

 

#17. Everton | 212.9 Juta Euro

 

#16. Schalke 04 | 243 Juta Euro

 

#15. AS Roma | 250 Juta Euro

 

#14. Inter Milan | 280.8 Juta Euro

 

#13. Atletico Madrid | 304.4 Juta Euro

 

#12. Borrusia Dortmund | 317.2 Juta Euro

 

#11. Juventus | 394.9 Juta Euro

 

#10. Tottenham Hotspur | 428.3 Juta Euro

 

#9. Arsenal | 439.2 Juta Euro

 

#8.Chelsea | 505.7 Juta Euro

 

#7. Liverpool | 513.7 Juta Euro

 

#6. PSG | 541.7 Juta Euro

 

#5. Manchester City | 568.4 Juta Euro

 

#4. Bayern Munich | 629.2 Juta Euro

 

#3. Manchester United |666 Juta Euro

 

#2. Barcelona | 690.4 Juta Euro

 

#1. Real Madrid | 750.9 Juta Euro

Ada tak team yang korang sokong tersenarai? Sebenarnya kitorang nak masukkan kelab dan pasukan Liga Malaysia, cuma tak ada info yang dijumpai setakat ini...