AFC Champions League : JDT Diundi Dalam ‘Kumpulan Maut’





Pasukan bola sepak selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi wakil tunggal Malaysia ke kejohanan AFC Champions League. Edisi 2019, JDT akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari benua Asia tersebut.


Kredit Foto : JST

Di undi dalam kumpulan E, laluan JDT tampak sukar apabila pasukan-pasukan dalam kumpulan tersebut terdiri daripada penyandang juara, Kashima Antlers dari Jepun, pasukan dari Korea, Gyeongnam FC dan wakil China, Shandong Luneng.

Ramai pundit melabelkan kumpulan E ini sebagai ‘Group of Death’ disebabkan status-status pasukan yang berada di dalamnya selain status Kashima Antlers sebagai penyandang juara. 

Sebagai contoh, Shandong Luneng akan diperkuatkan oleh bekas pemain United, Marouane Fellaini dan bekas penyerang Itali, Graziano Pelle.

Perlawanan pertama JDT akan bertemu Kashima Antlers di Kashima Soccer Stadium di Jepun pada 5 Mac nanti sebelum menjadi tuan rumah bertemu Gyeongnam FC di Larkin pada 12 Mac.

Satu lagi pasukan yang mencipta kejutan mara ke perlawanan play-off sebelum ini Perak gagal melayakkan diri ke peringkat kumpulan selepas tewas kepada juara tahun 2012 Ulsan Hyundai 5-1 di Korea.

Feature Foto Credit : Stadium Astro