Aksi Pemain Everton Buka Puasa Ketika Perlawanan Buat Peminat Teruja
SUKANUntuk pengetahuan anda, ramai pemain yang beragama Islam beraksi di pelbagai liga tahap tertinggi di Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris. Justeru para pemain muslim harus menajalani ibadah puasa ketika hari perlawanan.
Baru-baru ini di aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Newcastle dan Everton di St James' Park menarik perhatian umum apabila dihentikan 20 minit bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa sempena Ramadan semalam.
Beberapa pemain Everton termasuk Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure berada di tepi padang sambil meneguk air dan makan sebentar.
Tindakan mereka pantas menarik perhatian penonton yang memuji kelab dan Liga Perdana Inggeris di media sosial di atas keprihatinan serta bertoleransi dalam hal keagamaan. Toleransi di Liga Perdana Inggeris ini wajar dipuji dan ia bukanlah satu perkara baru.
Jika nak dibandingkan dengan liga eropah yang lain, masih ramai pemain muslim yang berpuasa mendapat layanan yang dingin baik dari pengurusan kelab mahupun liga sendiri.