
Barcelona Mudah Ketepikan Roma, Liverpool Buat Kejutan
Kemenangan 3-0 skuad Klopp ke atas Manchester City boleh dianggap sebagai kejutan kerana sebelum sepak mula, Liverpool bukanlah pasukan pilihan apabila berdepan dengan City.
Secara tidak langsung, harapan Manchester City untuk merangkul 3 kejuaraan pada tahun ini sedikit terganggu selepas kekalahan tersebut.
Salah sekali lagi menjadi sumber inspirasi sejak dari awal perlawanan dan bermain dihadapan penyokong sendiri ternyata memberikan kelebihan buat Liverpool dan lebih menarik lagi, ketiga-tiga gol berkenaan dijaringkan pada separuh babak pertama.
Kedua-dua pasukan ini akan bertemu kembali dalam perlawanan timbal balik kedua pada Selasa hadapan.
Fakta Perlawanan :
-Buat kali pertama, City gagal menghasilkan ‘shot on target’ semenjak Oktober 2016.
-Liverpool memegang rekod kelab paling banyak jaringan pada saingan kali ini iaitu 31 gol.
-Salah terlibat dalam 9 gol dalam 9 penampilannya di Champions League musim ini.
-Salah juga telah menjaringkan 38 gol dalam kesemua pertandingan yang disertai Liverpool
Dalam satu lagi perlawanan di Nou Camp, Barcelona menang mudah 4-1 ke atas Roma walaupun 2 daripada gol tersebut adalah daripada jaringan sendiri De Rossi dan Manolas.
Penyerang sensai Uruguay, Luis Suarez juga tidak ketinggalan untuk menjaringkan gol pertamanya pada saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Perjalanan Roma nampak agak sukar walaupun ada bekalan 1 jaringan di tempat lawan.
Fakta Perlawanan :
-Barcelona telah ‘dihadiahkan’ 5 jaringan gol sendiri pada musim ini.
-Roma merupakan salah satu pasukan dalam saingan ini yang menjaringkan 2 gol sendiri dalam sejarah pertandingan.
-Ini adalah penampilan ke 21 Andres Iniesta dalam perlawanan suku akhir liga ini dan menyamai rekod Xavi dan Ryan Giggs
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video