Belgium Dijangka Menang Ke Atas Perancis Dengan Bantuan Thierry Henry

July 09, 2018 - 11:06 AM


Thierry Henry, bekas penyerang Perancis yang berjaya memenangi Piala Dunia pada tahun 1998 boleh dikatakan individu paling ‘tak senang duduk’ menjelang aksi separuh akhir antara Belgium menentang Perancis nanti.

Pernah mewakili France sebanyak 123 kali, Henry yang berkhidmat bersama Belgium sejak 2016 sebagai pembantu jurulatih ini akan membantu Belgium untuk menewaskan negaranya sendiri pada peringkat separuh akhir nanti.

Menurut penyerang France, Kylian Mbappe, situasi tersebut agak janggal terutamanya apabila Henry merupakan idolanya dan individu berkenaan akan membantu pasukan lawan untuk menempah slot ke perlawanan akhir.

Mbappe Janggal Idolanya Akan Bantu Pasukan Lawan

Sementara itu, pasukan ‘underdog’ Croatia nampak lebih meyakinkan dengan rekod 5 kemenangan pada perlawanan sebelum ini, manakala England memenangi 4 daripada 5 perlawanan mereka pada peringkat sebelum ini.

Walaupun memerlukan 2 penentuan sepakan penalti sebelum ini iaitu menentang Denmark dan juga terbaru menewaskan pasukan tuan rumah Russia, gandingan pertahanan Domagoj Vida dan Dejan Lovren dikhabarkan ingin ‘mengikat’ penjaring dan juga kapten England, Harry Kane.

Jika sebelum ini, mereka berjaya menyekat dua Ronaldo dan Messi, apelah sangat Harry Kane buat mereka kan?

Apa-apa pun kita saksikan sahaja nanti keputusan perlawanan separuh akhir piala dunia yang akan bermula pada rabu ini jam 2 pagi waktu Malaysia.