Bos Baru Newcastle Melarang Penyokong Berpakaian Ala Arab

SUKAN
October 21, 2021 - 11:29 AM


Terdapat beberapa penyokong Newcastle bertindak memakai pakaian tradisi Arab iaitu jubah atau serban ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham, Ahad lalu kerana ianya merupakan perlawanan sulung di bawah pemilik baru.

Pihak Newcastle United meminta penyokong mereka agar tidak memakai pakaian sedemikan kerana ianya merupakan pakaian tradisional dari masyarakat Timur Tengah. Penyokong-penyokong yang hadir ke St James Park itu berpakaian sedemikian bagi menunjukkan simbolik kepada pengambilalihan oleh PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media," jelas kelab berkenaan.

Kelab itu berkata, tidak ada daripada kumpulan pemilik baru yang tersinggung dengan pakaian berkenaan, kerana mereka menyedari ia adalah isyarat yang 'positif dan sebagai menyambut pemilik baru'. "Namun, masih ada kemungkinan bahawa berpakaian dengan cara ini tidak sesuai dari segi budaya dan berisiko menyebabkan orang lain tersinggung.

Kelab Newcastle tidak menghalang penyokong dari memakai apa-apa pakaian sekalipun kerana mereka menghormati kesemua norma bagi budaya atau agama mereka sendiri, sekali gus mencerminkan bahawa kelab ini menerima kehadiran penyokong daripada pelbagai masyarakat dan bangga dengan sokongan diberikan," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Destination: