Bukan Chelsea, Bukan United – Zidane Kembali Ke Real Madrid

March 12, 2019 - 11:03 AM


Real Madrid nampaknya bersungguh ingin kembalikan zaman kegemilangan mereka selepas baru-baru ini tersingkir dari saingan Champions League buat pertama kali sejak 2006.

Selepas memecat pengendali mereka Santiago Solari, Real Madrid semalam melantik semula Zinedine Zidane sebagai jurulatih dan mengikat Zizou untuk tiga tahun. Real Madrid sebelum ini pernah menjuarai saingan Champions League tiga musim berturut di bawah kendalian jurulatih yang sama.

Rekod Madrid sangat teruk dalam seminggu yang lalu. Madrid tersingkir daripada saingan 16 terbaik saingan Liga Juara Juara setelah tewas mengejut kepada Ajax Amsterdam, kalah dua perlawanan ‘El Classico’ kepada Barcelona dan tersingkir dari kejuaraan Copa del Rey.

Caption

Buat masa sekarang, Real Madrid mempunyai baki 11 perlawanan dan lawan seterusnya adalah Celta Vigo di Santiago Bernabeu.