Bukan Ronaldo, Bukan Messi – Modric Terima Trofi Pemain Terbaik Fifa

September 25, 2018 - 12:38 PM


Dominasi Ronaldo – Messi sebagai pemain terbaik Fifa berakhir setelah anugerah tersebut jatuh ke tangan Luka Modric semalam.

Selain menerima Bola Emas di Russia, Modric telah menjalani kempen terbaik liga pada musim 2017-18 dengan sumbangannya kepada Real Madrid dalam merangkul trofi Liga Juara-Juara untuk kali ke tiga berturut- turut selain membantu Croatia untuk ke final Piala Dunia Jun lalu.

Kalau nak diikutkan, trofi pemain terbaik ini didominasi oleh Ronaldo dan Messi sejak 2007 selepas anugerah tersebut diperolehi oleh Kaka.

Modric, menerima 29.05 % undian diikuti dengan Ronaldo (19.08%) dan Mo Salah (11.23%) untuk membolehkan beliau memecahkan dominasi yang dilakukan oleh Ronaldo dan Messi.

Dalam majlis yang sama, Anugerah Puskas dimenangi oleh Mohamed Salah untuk jaringan cantiknya ketika bertemu Everton musim lepas.